Sakit Telinga Membahayakan!

Assalam! Hari ni topik kita mengenai kesihatan pulop. Asyik pong pang benda sama je, tak syiok juga kan. Baiklah, siapa pernah kena sakit telinga? Dia bukan macam gatal ll dekat luar telinga tapi dia sakit kat dalam telinga. Aku antara mangsa yang pernah kena sakit telinga tu. Pengalaman aku, flashback balik 3 tahun lepas masa tu umur acah ll comel 17 tahun, aku kerap sangat kena sakit telinga. Memang kerap sampai beberapa kali juga tak pergi sekolah. Bangun pagi je nangis sebab telinga sakit. Masalahnya sakit tu belah kanan, bukan belah kiri. Tu aku pelik. Kesakitan tu bukan selalu datang, dia macam tiba-tiba kau akan rasa sakit. Nak kata berdengung tu ye juga. Bila dah sampai sakitnya tu, subhanallah Allah je tahu perasaan tu.

Aku pun tak tahu apa punca sakit telinga ni. Tak boleh jadi, aku pun pergi klinik. Masa tu duduk Johor. Klinik agak kejauhan juga lha, nun pusat bandar sana. Dah ponteng sekolah tu, mai lha klinik ambil MC. Tapi klinik kerajaan, kau tahu ll je lha bukan senang nak dapat MC. Bagi dia sakit telinga ni kes biasa dan kecik. Kalau korang nak beli MC swasta aku tahu kat mana tempatnya sebab aku pernah beli masa praktikal haritu. Oppsss! Kantoiiii. HAHAHA. Gila kau tak mahal, 30 hengget terbang. Ok continue, bila time turn aku tu berdebar juga. Sebab mana tahu dia nak potong telinga aku masa tu. Apa kejadahnya? Pergi lantak.

Yang aku tahu, aku memang agak kurang pendengaran sikit masa tu. Doktor pun admit benda yang sama. So tiba giliran nak mengecheck pula. Seingat aku, dia check telinga aku dengan satu benda. Aku tak tahu lha menatang apa benda tu tapi dia masuk dalam telinga aku dengan berisi air, maybe dia nak bersihkan telinga aku and check ada apa dalam telinga aku ni kot. So bila benda alah tu masuk dalam telinga aku dalam ll, ya allah meleleh air mata aku. Sebab apa? Sakit sangat doe. Memang aku nangis kat situ juga. Tahu tak apa yang keluar? Ada lha serpihan ll kotor yang keluar, segan nak sebut (faham ll sendiri) dan yang paling tak boleh blah ialah keluar satu ulat juga masa tu. Macam ulat putih, aku pun tak sure warna apa. Tapi aku rasa itu punca telinga aku sakit sangat. 

Nak kata tak korek telinga, aku rasa dah berkati pengorek telinga tu aku beli. Tahu tak perasaan apa selepas telinga aku dah dibaiki? Perasaan lega dan kau tahu telinga aku menjadi normal kembali. Sistem pendengaran aku jauh lebih baik dari yang sebelumnya. Orang cakap jauh pun aku boleh dengar, punya lha lapang telinga aku masa tu. Sebab dah tak ada benda yang menghalangkan. Dia ada juga bagi aku ubat titik telinga tu, belah kanan and kiri macam tak sama. Entah lha, tapi malangnya, 2 tahun lebih je pendengaran telinga aku bagus dan sekarang sakit telinga tu datang balik. Ya Allah, macam nak menangis rasa. Aku nak buat check up, tapi aku takut pula. 

Aku ada google juga pasal sakit telinga ni. Sebenarnya ia bukan perkara yang boleh dibawa main.  Kau boleh jadi pekak sekiranya infection tu berkembang sampai ke dalam ll telinga. Haduhaii. Aku dah mula risau diri sendiri. Oh before tu, aku nak share artikel-artikel penting yang korang patut tahu pasal sakit telinga ni. Ye maybe sekarang belum kena, tapi mencegah itu lebih baik dari mengubati. Boleh klik SINI pasal punca sakit telinga serta cara merawati dan klik SINUN juga untuk mengetahui apa itu dengung dalam telinga. 

Aku harap artikel tadi membantu lha ye. So mari kita jaga kesihatan sama ll. Tetiba teringat, kalau kita buka lagu kuat ll pun boleh affect juga. Aku acapkali macam tu, maybe sebab tu aku sakit telinga. Alright, dah maghrib ni. Selamat menunaikan solat maghrib ye muslimin dan muslimat. Kalau korang ada experienced juga pasal sakit telinga ni, dipersilakan share. Bye! (:







Nota mata : Geli pula aku search google images tadi pasal sakit telinga ni. Gambar ll dia, awww nyummy. BHAHAHAHHA!


Wordless Wednesday #19


Sesungguhnya ia sangat menyakitkan. Betul tak wahai kaum perempuan? Wahai kaum lelaki, kalau dah tahu, mohon jangan comment. Angguk, geleng dan hentak sahaja kepala anda. 

Review Blog - Part 2

Assalam! Yeee jumpa entry aku lagi. Kali ini review blog untuk part 2 pula. Alhamdulillah, part 1 settled. Belum baca? Aishhhh, rugi tak pergi baca. Baca sekarang! Ok untuk part 2 pula, aku akan review sama juga 3 blogger yang tinggalkan komen before aku umum tamat. Baru perasan yang aku review ni ada 2 blogger lelaki dan 4 blogger perempuan. Salah seorang dari blogger lelaki ni aku terlebih ll pula kenal dia. Nak tahu siapa? Let's check it out. 





Blogger ke 4 yang drop comment ialah blogger perempuan dan bernama Sandra. Tengok header dia yang cute tu pun dah tahu dia blogger perempuan kan. Blogger ini adalah calon SPM 2013 dan menggunakan background berwarna krim ll pasir. Krim ll pasir ea? HAHAHAH. Aku suka background yang digunakan. Nampak macam lembut jee warna dia. Blogger ini mempunyai seramai 2016 followers dan lebih ramai followers dia dari aku, itu paling penting. HAHAHA. Esok merupakan bufday beliau, jadi aku nak wish awal lha. Happy birthday Sandra. Teruskan berblog dan good luck untuk SPM. If korang nak tutorial ke freebies ke, korang boleh jenguk ke blog beliau. Macam mana nak jenguk? Tekan je header tu.





Here we go, ini lha blogger lelaki yang aku maksudkan tu. Korang mesti kenal dia. Dia ni dah lama juga lha terjebak-terjebuk dalam dunia blogger ni. Nama dia Khairul Anas. Masa aku mula ll terlibat dengan blog, dia yang banyak bagi support. Ye lha, kita newbie masa tu so mana lha faham sangat pasal blog ll ni. Dia rajin datang jenguk blog and tinggalkan comemnt, heish buat segan je nak comment kat blog yang tak seberapa ni! Thank you bang ngah! Khairul Anas A mempunyai seramai 459 followers. Kenapa korang kena terjah blog dia? Sebab bila korang dah datang blog dia, korang sendiri akan tahu apa y interestednya kat blog dia ni. Dulu aku rajin menjengah, pastu dah kurang sikit sebab praktikal and tak ada masa sangat but sekarang dah ada melebih-lebih masa. Nak terjah, tekan header ok!





Blogger yang terakhir untuk direview kali ini ialah blogger yang bernama Miss Fifi. Sama macam nama classmate aku. Blogger ni mesti suka mustache sebab daripada header sampai lha ke background apa semua, kesemuanya menggunakan mustache. Mustache comel apa. Aku suka background mustache yang ala ll pinky style tu, nampak mustache sangat. HEHEHE.  Blogger ini mempunyai 308 followers dan kalau boleh, buat satu page tu untuk satu post. Jadi jimat sikit masa untuk scroll. However, blog ni tetap menarik untuk korang blogwalking dan follow. Macam biasa, tekan header keyy untuk ke blog beliau. 

Finally, habis juga review blog untuk part 1 dan part 2. By the way, tahniah kepada keenam-enam blogger ini kerana anda semua telah terpilih untuk direview. Kesemua anda akan mula dibloglistkan pada 20 May 2013 bersamaan dengan hari Isnin dan akan dibloglist selama seminggu. So hari Isnin nanti jangan lupa check blog korang dekat bloglist. Last but not least, bila lagi review blog untuk part 3 pula? Insyaallah kalau rajin aku akan buat. Those yang comment selepas aku umum tamat akan aku review ke part yang seterusnya. Fair and square. Selamat berblogwalking, selamat kenal sesama sendiri dan selamat follow-memollow. Bye! (:











Review Blog - Part 1

Assalam! Yey tercapai juga hajat nak review blog kali ni, alhamdulillah. Fyi, ada 6 orang blogger yang drop comments kat comment box before aku umumkan tamat. Which means review blog ni ada 2 part ok. So this is the part one. But before tu, nak baca macam mana review blog ni boleh terjadi? Baca SINI. Dan jangan lupa baca SINUN juga untuk advertisement key. Alright, let's get it started.





Blogger pertama yang drop comment ialah Cik Bintang. Blog yang mempunyai seramai 731 followers ini mempunyai blog yang simple dan cheeky ll je. Apa yang menarik untuk diterjah ialah blogger ini ada menyediakan pembaca dengan satu novel yang bertajuk 'Jodoh Pilihan Nenek'. Aku rasa ini maybe novel karya sendiri sebab ada bersambung pula. By the way, it's a good thing right? Dan Cik Bintang juga ada buat something macam puisi untuk dibaca bersama. Wow, adik mesti suka Sastera Melayu kan. Keep it up dik. Jangan lupa key buat sambungan novel tu. Akak nak baca. (: Klik header untuk ke blog beliau.





Seterusnya ialah blogger yang bernama Afie Qaisarah. Aku kenal blogger ni sebab aku adalah salah seorang sponsor beliau semasa blogger ni launched satu GA 'My First 1st Giveaway By Anna'. Nak baca juga pasal GA tersebut? Ok klik SITU. Blog yang menggunakan tema warna ala ll pinky dan merah girlish gitu mempunyai followers seramai 457 followers. Blogger ini juga ada menyediakan freebies dan tuto untuk pembaca. Afie Qaisarah juga seorang pengedit blog. So if korang rasa interested nak suruh beliau edit, boleh lha pm beliau. Jangan pm aku pula ye. HAHAHA. Dan seperti Cik Bintang tadi, blogger ini juga turut menyediakan beberapa buah novel untuk tatapan para pembaca. Berbakatnya korang semua tulis novel ye. Good! Teruskan usaha. Klik header untuk ke blog Afie Qaisarah.





Last blogger untuk direview dalam Review Blog-Part 1 ialah Ikhmal Malique. Blogger ni rajin juga datang jenguk blog aku. Blog yang menggunakan background berwarna putih semulajadi ini memaparkan banyak info dan sumber kepada pembaca. If korang nak tengok Live Streaming bola ke, boleh lha jenguk blog beliau key. Mempunyai seramai 858 followers dan yang paling penting, belum berkahwin! HAHAHA. Jom blogwalking blog dia dengan tekan header kat atas tu.

Ok, selesai part 1. Selamat berblogwalking. Jangan lupa follow sekali blog diorang. Oh daebak! Part 2 akan menyusul nanti. Thanks for reading. Bye! (:












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa