SUSAH SANGAT KE NAK CAKAP TERIMA KASIH?

Assalam dan selamat malam.Apa khabar semua bloggerians?Tetiba pula terfikir nak update entry sementara menunggu fuzz pergi solat kejap.Kita orang lately ni check in Giant je because of ada free wifi dekat mcd.Bukan selalu pun makan situ cuma tumpang wifi je katanya.Ingatkan nak habiskan assignment malam ni.Mesti dah bosan kan dengar aku sebut assignment lha apa lha tapi settelnya tidak pun.Heh.By the way esok merupakan hari last kelas untuk minggu ni sebab semua akan bercuti raya haji.Aku tak balik raya pun so sembelih lembu plus kambing dekat rumah ppr je lha.Before tu selamat raya haji!Pulang ke kampung dengan selamat dan berhati-hati ye kalian!

Alright sebenarnya aku nak cerita tentang dua perkataan yang aku rasa manusia hari ini mudah lupa dan cacat otak disebabkan dua perkataan ni.Pernah tak korang jumpa orang yang susah nak cakap 'terima kasih' atau dalam BI nya sendiri ialah 'thanks'?Aku sure korang pernah jumpa segolongan manusia yang berat sangat mulut nak cakap perkataan tu.Dalam sehari pun korang dah boleh jumpa sebenarnya.Maybe bagi sesetengah orang tu perkara biasa but kata 'budi bahasa budaya kita' so mana pergi budi bahasa tu?Aku tak cakap aku seorang yang baik sangat and berbudi but at least aku pernah cakap kalau ada orang tolong aku or apa.

Semalam aku dengan ir pergi beli burger dekat depan pangsapuri rumah kita orang duduk sekarang.Dah lha berjam-jam tunggu keyy tang tu aku boleh bersabar lagi sebab fikir positif yang maybe ada customer yang order before kita orang.Lepas dah bayar semua,ada seorang perempuan yang maybe sebaya atau bawah aku bagi duit baki tanpa cakap terima kasih atau senyum.Then aku tanya ir "dia cakap terima kasih tak kat kau?".Then ir geleng kepala.So aku pun terfikir kau meniaga tapi tak tunjuk reaksi muka yang baik depan customer.Orang cakap kalau kita berniaga and murah sangat senyuman dan layanan yang baik,insyaallah rezeki cepat masuk and berbaloi.

Yang aku pelik bukan kaum india or cina tapi melayu sendiri.Kalau tengok iklan dekat tv berpuluh iklan mengenai budi bahasa itu ini tapi kita tak amalkan pun walau sekali.Bukan nak masukkan isu perkauman ke apa kat sini cuma aku terfikir yang budaya ucap 'terima kasih' tu macam dah tak ada.Ini berdasarkan pendapat aku sendiri lha.Setiap orang ada pendapat masing-masing kan?So tak salah kalau aku suarakan pendapat aku sendiri right?

Masa aku kerja dekat Star Light iaitu sebuah kedai handphone yang ber'tauke' kan Cina,nama dia Thomas and dia sendiri selalu ingatkan aku supaya senyum and sentiasa ramah dengan customer even customer tu bapa cerewet or memang tak boleh blah.Sampaikan aku rasa macam Thomas bukan buka kedai handphone tapi buka kedai makan or butik ke apa ke.Kalau customer datang je,dia suruh cakap "Hai!Selamat datang.Ye nak beli apa?".Kalau customer tu nak balik pula dia suruh cakap "terima kasih datang lagi".Haaa kau nampak tu.Padahal kerja aku bukan kena tercegat depan pintu tu tunggu customer or apa tapi tuh lha.Kaum Cina boleh reminder kita yang Melayu ni supaya berbudi bahasa tapi kenapa kita tak boleh reminder diri sendiri?

Kalau tak nak cakap pun at least senyum pun dah ok.Supposed bersyukur dan berterima kasih sebab ada orang membantu menambahkan rezeki kau tapi tuh lha apa yang dapat?Muka hambar kau je.Kalau dekat tol pun sama juga.Kengkadang kita yang pembayar ni pula cakap terima kasih or ramah.Memang lha tak salah tapi kau pun ada peranan juga en.Aku puji MCD and KFC sebab aku rasa service diorang bagus even drive thru sekalipun.Tak semua tempat aku maksudkan cuma ada lha sesetengah yang buat muka busuk-busuk ni.

Keyy aku dah nak out and balik rumah.Nak gosok baju and buat preparation untuk kuiz and ujian OSHA esok.Wish me luck.Last but not least rajin-rajinkan lha diri tu memberi senyuman or cakap terima kasih pada sesuatu yang orang lain buat untuk kita.Tak susah and tak berat pun.Just buka mulut and keluar suara.Bukan dapat dosa malah dapat pahala.Pesanan untuk diri sendiri dan orang lain.GTG keyy bye! :D





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa