CARA NAK BUAT HANTARAN SIMPLE

Assalam readers! How do you feel? I'm totally great. Tetiba aku rasa excited pula sebab hari ini dah masuk bulan Disember!! Aku nak cakap "Hello December, good to see you again". Before we start, what is my december wish actually? Hmm ==' I just want my life is better than past but the most important is, please don't say that I'm 'sangkut' paper for this semester! Amin!! Ok hari ini aku dengan baik hatinya lagi sekali akan share satu tutorial untuk buat hantaran yang sesimple-simple alam. Eh kenapa pula kita bercerita pasal hantaran ni? Am I going to be a wife? I'm only 19 years old but I'm the lucky one if I can be a wife in this age. Whoot whoot ~ No lha. Ini mengenai pertunangan abang aku yang akan diadakan pada hari ahad ini bersamaan 2hb 12 2012. Cantik tarikh tu! 

Sebenarnya idea ini datang dari HANNAH JOHARY a.k.a akak ipar aku. Ini percubaan pertama dia membuat hantaran untuk orang bertunang. Aku tanya dia mana akak belajar buat hantaran ni, dia cakap dari majalah pengantin and banyak lagi lha. Bila aku tengok dia buat petang tadi, nampak senang sebenarnya. Tak lha susah kalau kau nak buat something hantaran yang simple but nice. Serius sebab aku yang tak berseni ni pun kalau aku cuba boleh jadi juga kot. Aku tolong lha sikit-sikit tapi kebanyakannya tolong tengok yang banyak. Cuba kau suruh aku kira diameter dalam paip, memang laju je aku buat. Tapi suruh tengok orang buat hantaran ni memang lemah sikit. Tapi tadi aku tertarik nak tengok hantaran yang akak ipar aku buat and tu yang aku asyik tangkap gambar je tadi.

Alright student, for sure sila baca dengan teliti ye langkah-langkah yang perlu dipraktikkan beserta bahan-bahan yang perlu digunakan. Haaa tak susah pun. Tapi sebelum tu, anggaran untuk membuat hantaran ini around RM 200 lebih sahaja. See that? Kalau mahal pun disebabkan isi barang yang kau beli contoh macam kek, coklat, bunga, buah dan sebagainya. Tapi kalau setakat nak buat hantaran ni, aku rasa tak pakai banyak bahan and kos pun.

CARA NAK BUAT DULANG HANTARAN
BAHAN-BAHAN

Kain satin
Gam uhu
Double tape
Polystyrene
Stand 





1. Stand ni yang digunakan untuk hantaran abang aku. Kalau korang review memana magazine pengantin and etc, actually pelbagai rupa dan bentuk dulang yang diorang gunakan dan lagi grand. Korang cari je dekat kedai-kedai yang jual barang-barang hantaran ni. Mesti ada but mesti lha ikut minat korang juga and the most important korang kena tentukan dulu warna untuk hantaran tu nanti.




2. Next, ambil polystyrene tadi and letakkan atas stand. Bukan polystyrene yang makanan tu key. Tentukan arah kedudukan polystyrene ikut bentuk stand tu sendiri. Biasanya polystyrene tu takkan lari dari kedudukan stand sebab nanti korang akan letak something atas tu. So jadi berat lha kan.




Ini kain satin yang akak aku beli and kalau tak salah dekat Ampang Point. Satu kain satin ni around RM 4.80




3. Lastly, letak kain satin atas polystyrene. Untuk mengelakkan kain satin tadi tu senget menyenget, korang boleh letak double tape atau gam uhu dekat atas polystrene tadi. But akak ipar aku prefer letak double tape. Disebabkan kain satin ni berwarna putih, so agak nampak lha jalur-jalur double tape tu tadi. But nasib baik barang-barang yang akan diletakkan memenuhi ruang polystyrene tu so ta jadi masalah sangat dekat situ. Jadi ikut lha warna hantaran yang korang nak tetapkan tu but make sure warna tu seiring dan sama padan juga dengan dulang hantaran korang nanti.

P/S: Kalau korang rasa semak sangat dengan juraian kain satin macam gambar di atas, korang boleh juga lipat kain satin tu secara elok dekat bawah polystyrene which means yang kain satin tu nanti akan jadi bulat ikut bentuk polystyrene tadi dengan menggunakan jarum peniti. Then dekat tepi-tepi polystyrene tu korang boleh lha letak something hiasan atau labuci kee or manik-manik ke then lekatkan pada sekeliling polystyrene tu guna gam uhu. For sure lha mengikut kreativiti korang sendiri. Faham tak? Kalau kain satin tu kedut, pepandai lha korang gosok tapi jangan sampai berlubang sudah.

SIAP!!!!

So dah settle bab dulang hantaran. Senangkan? Yes tak sampai 3 minit dah boleh siap. Bertambah senang kerja aku lagi ye. Kiranya if korang memang bebetul nak jimat korang boleh buat sendiri semuanya hantaran ni. Almaklumlha zaman sekarang ni, semua benda mahal beb. Tutorial ni bukan setakat untuk hantaran tunang je, untuk kahwin pun boleh tapi kebiasaannya kalau kahwin diorang akan tempah dekat orang lain sebab kahwin ni sekali seumur hidupkan jadi mesti nak hantaran tu cantik,molek dan superb. Ni aku share untuk dikongsi bersama. Kalau suka boleh ikutkan. Mana tahu tetiba korang rasa kreatif nak buat sendiri. Yang dekat atas dulang tu, pepandai korang lha nak hias atau letakkan apa benda kan contoh macam sirih junjung, bunga, buah, coklat and pelbagai lha. Gambar dekat bawah ni ialah contoh dulang untuk buah-buahan. Tapi buah-buahan belum beli lagi. Ni dah hampir siap, then nanti tinggal nak letak and hias buah je.




Akak ipar aku guna bakul kecil untuk letak buah-buahan. So dia hias tepi bakul tu dengan ribbon pink and untuk mengelakkan bakul tu bergerak and buah-buahan tu jatuh, korang boleh ikat bakul tadi pakai tali. Macam akak ipar aku, dia ikat tali tu then dia tebuk lubang kecil dekat polystyrene tadi dan dia masukkan tali tu dalam lubang kecil yang ditebuk and ikat tali tadi pada stand. Ikat mati kalau boleh. Sure kukuh and tak jatuh.




Netbook aku ni nak masuk sekali juga. Kalau dapat hantaran tab or i-pad ke. Beruntung badan weiiI!!


Disebabkan yang nak bertunang ni ialah abang aku, so kami dari pihak lelaki memang buat simple je lha. Tema warna untuk belah perempuan ialah pink purple manakala untuk pihak lelaki pula kalau tak salah biru putih. Tapi kalau korang tengok bahan-bahan tadi pink putih kan? Sebab hantaran tu still belum siap sepenuhnya. Nanti kalau dah siap, aku akan ambil gambar and publish dalam blog ASAP. Pihak lelaki akan hantar 5 dulang yang akan dibalas 7 dulang oleh pihak perempuan. Aku terasa macam aku pula yang nak bertunang tetiba. Yang paling excitednya sebab lepas habis pertunangan tu nanti, kita orang nak pergi makan besar untuk celebrate birthday ayah haritu. Tu yang tak menyabar ni! Last but not least, tu je lha yang dapat aku share dengan korang untuk entry kali ini. Thanks sudi baca. Bye! :D


UPDATED!!





INI HASILNYA! CUN TAK?
INI KALI LAH! :D




DURIAN

Assalam. Wohoo tengok tajuk besar dah tahu aku nak bebel pasal apa. But sebelum tu amaran keras untuk pembaca sekalian!!! Entry ini mungkin agak terpanjang sedikit kerana aku menganggap yang aku sedang buat karangan penulisan sekarang ni. Key termelalut sekejap. By the way, siapa yang gemar akan buah durian ni? Mehh sepp sikit and kau boleh geng dengan aku sebab aku memang sangat-sangat gila durian. Bukan setakat buah favourite je tau, tapi apa orang kata "addicted" sangat lha. Ye lha kalau pergi memana je ternampak orang jual durian sana sini, bersepah kodd sebab mentang-mentang musim durian sekarang ni. Dekat depan rumah sewa aku pun ada masa tu, ingatkan nak beli tapi memandangkan membe-membe aku and akak-akak rumah tak berapa suka sangat dengan durian, batalkan saja niat aku itu. Tapi diorang kuat petai kodd. Makan petai macam makan keropok. Sekali rebus petai, mao pengsan aku bau sebab bau satu rumah. Lagi tak boleh blah but balik rumah dengan perut kempunan durian. :|

Hari ahad yang lepas, aku dengan mak turun bawah sebab Mamet suruh ambil dulang untuk hantaran kahwin katanya. Opps siapa pula yang nak kahwin ni? Bukan kahwin, tetapi bertunang. Alhamdulillah abang aku yang kedua tu akan bertunang pada ahad ni. Tak buat besar pun sebab just bertunang je. Siapa area wangsa maju, boleh lee datang. Next entry aku akan update pasal tu pulak. Keyy sambung cerita then ada sorang pakcik ni dia tengah jual durian and durian dia pun agak besar-besar juga lha. Memula mak aku ingat nak beli RM 10 yang 3 biji tu. Borong punya borong, last-last mak aku bawa balik dalam 6 biji durian dan satu plastik lagi tu isi durian untuk buat tempoyak and harganya around RM 26. Boleh kata murah tu!! Haa disebabkan aku asyik cakap "nak makan durian" je then mak aku pun dengan baik hatinya pergi membeli durian khas untuk anak bongsunya ni. Terima kasih mak! Dekat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat aku snap.


Gedabak kan buah durian ni? Yes the biggest of durian.


Dalam ni je dah ada 4 biji durian yang menanti untuk dimakan


Satu plastik ni sahaja khas untuk buat tempoyak. Gila tak??


Alright jom makan geng!


Masa malam tu kita orang makan dengan sekenyang-kenyang hatinya and perut semua penuh dengan durian. Time tu yang ada aku, mak aku, abang aku yang ke 3 dengan awek dia. Abang aku yang ke 3 tu lagi dahsyat sampai nak semput makan durian. Termengah-mengah and aku tak tahu pun dia ada semput. Nasib baik masa tu dia makan beberapa ulas je. Beberapa ea? Aku masa malam tu? Tak payah cerita sebab memang "buruk lantak". Macam orang tak pernah jumpa durian 39 tahun. Tak boleh nak cakap apa lha sebab bila kau dah addicted dengan sesuatu, kau memang rasa nak benda tu je. Uish lain macam pula aku cakap. Mohon jangan fikir lain.

Oleh kerana durian tu sampai ke hari ini belum habis, so mak aku decide nak buat "serawa durian". Korang pernah dengar tak apa benda tu? Dia adik-beradik dengan bubur durian juga lha tapi bukan bubur durian. Aku baru lepas makan and sangat superb rasanya! Serawa durian ni korang boleh juga makan dengan roti atau pun pulut. Tapi aku lebih prefer makan dengan roti, dengan pulut macam tak kena je tapi tak tahu lha pula en? Baiknya hati aku hari ni sebab aku nak share dengan korang macam mana nak masak serawa durian ni tapi resepi ni mak aku yang kasi. Hehehe. Aku rasa macam masuk masterchef pula. To those yang dah tahu takpe lha kita boleh share maklumat. Tapi tak susah pun masak serawa durian ni, so kalau rumah korang ada banyak sangat durian and tak tahu nak buat apa moh lee kita masak serawa durian ni and boleh bagi kepada jiran-jiran depan + belakang + tepi rumah. Kalau dah jadi serawa durian korang, meh lha share dekat entry!

CARA-CARA NAK MASAK SERAWA DURIAN

Bahan-bahan

2 biji durian (kalau nak masukkan lebih pun takpe)
3 sudu camca besar gula pasir
1 buku gula kabung
1 biji kelapa putih
3 helai daun pandan

Cara memasak
1.Kopek buah durian dan isi durian masukkan dalam periuk
2.Masukkan santan dan bubuh air panas suam dalam mesin pengisar then kisar sekejap kurang dari 10 saat
3.Ambil satu mangkuk dan letak atas mangkuk tu tapis kelapa yang dikisar tadi dan perah
4.Ulang langkah ke 2 dan ke 3
5.Masukkan daun pandan,gula pasir dan gula kabung dalam periuk
6.Biarkan mendidih selama 15 minit (selalu kacau sebab nak pekat dan jangan biar hangus atau melekat)
7.Boleh dihidangkan. Selamat mencuba! :D



Yee ini lha rupa serawa durian yang aku cakap kan tadi!


Orang cakap durian ni membahayakan kesihatan lha apa lha, itu kalau kau tak pandai nak mengehadkan cara pengambilan durian tu. Kalau 24 jam melantak je memang sapa yang tak masuk wad kan. So tolong berwaspada makan durian ni sebab aku pun gila durian juga, tapi bila rasa time nak berhenti then berhenti lha dari makan. Dekat sini juga aku nak share something yang menarik yang korang patut tahu tentang raja segala buah ni. 


KEBAIKAN BUAH DURIAN
1. Mengubati sembelit kerana banyak mengandung serat


2. Mengatasi anemia karena mengandung folat atau Vitamin B9 yang diperlukan untuk memproduksi sel darah merah

3. Mengandungi Vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan dan antipenuaan


4. Potasium atau kalsium yg baik untuk tulang dan persendian

5. jika tidak dimakan berlebihan, kandungan mangaan dalam durian menjaga kadar gula darah supaya tetap stabil

6. Tembaga yang menjaga kelenjar tiroid

7. Mengawal nafsu makan kerana durian banyak mengandungi thiamin atau Vitamin B1

8. Mengatasi migrain dgn riboflavin atau Vitamin B2

9. Meredakan stres dan mengatasi depresi dgn Vitamin B6 atau piridoksin

10. Menjaga kesihatan gigi dan mulut kerana mengandungi posphorat.



FAKTA MENARIK TENTANG DURIAN
1. Tinggi kalori? Ramai yang menganggap durian mempunyai kandungan kalori (kcal) yang tinggi dan menggemukkan. Tahukah anda, seulas durian hanya mempunyai 50 kcal? Bagi saya, kandungan kalori itu tidak begitu tinggi.
2. Tinggi kolesterol? Durian atau sebarang jenis buah sekali pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang daripada sumber haiwan dan bukannya tumbuhan.
3. Tiada nilai nutrisi? Durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioksidan vitamin C, B kompleks dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah). Durian juga mengandungi kalsium dan fosforus.
4. Tinggi lemak? Satu ulas durian mempunyai satu hingga dua gram lemak dan ia bukan lemak tepu.
5. Tinggi gula? Satu ulas durian mempunyai kira-kira 10 gram gula. Masih tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Jika anda makan dua hingga tiga ulas, nilainya masih kurang daripada satu tin minuman berkarbonat.
6. Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualiti yang boleh memanaskan badan. Atas sebab itu, kita diingatkan memakan durian secara berpada-pada. Lebih-lebih lagi bagi pesakit kencing manis atau tekanan darah tinggi.
7. Tidak sesuai untuk pesakit kencing manis? Memang betul tapi itu bukan soal durian semata-mata kerana mereka yang mempunyai penyakit kencing manis sememangnya harus mengawal pengambilan gula dalam makanan atau minuman mereka.
8. Kurangkan tekanan? Itu bergantung tetapi durian mengandungi asid amino dikenali sebagai tryptophan yang membantu meningkatkan keluaran hormon serotonin yang menyebabkan kita mengantuk. Justeru, anda akan lebih senang tidur, ringan dan tenang.
9. Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan tadi yang bertindak untuk meningkatkan peredaran darah.
10. Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. Bagi saya, satu atau tiga ulas sekali makan sudah memadai.

If korang yang tak berapa gemar sangat makan durian ni, at least kalau nak rasa pun 2 3 ulas dah memadai. Bukan apa sebab takut terkena panas dalam badan bagi yang tak biasa makan sangat. Durian ni pun boleh menyebabkan demam juga kalau kerap makan. So macam aku cakap tadi, berpada-pada lha makan durian. Pesanan ni pun untuk khas untuk diri sendiri juga. Alhamdulillah, aku belum pernah kena panas dalam badan lagi and hope takkan kena lha. Cuma tadi aku ada rasa sikit lha, entah-entah tanda-tanda kot? Ahh sudah kena berhenti makan durian lha jawapannya. Oh tidak! Sekian sahaja untuk entry aku kali ini. Thanks baca. Apa yang salah aku mohon betulkan. Sharing is caring. K bye! :)

p/s: Fakta diambil dari Mr google.

WORDLESS WEDNESDAY #7


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa