DISUSPEK DENGGI



Assalam bloggerians. Yeah yeah yeah. Aku pergi check up dekat Klinik BTR pagi tadi. Then dia suruh ambil darah. Ambil darah kat klinik tu, proses dia dekat makmal Klinik Kesihatan Cheras. Rasa macam buat kerja 2x kan? However bila doc kata 'awak kena ambil darah lagi sekali sebab darah awak ni bla bla bla bla. Takut awak kena demam denggi ni.' Aku dah agak pun yang aku mungkin disuspek denggi sebab demam aku kali ni bukan macam demam biasa. Start demam dari hari khamis malam. Masuk ni dah dekat 12 panadol aku telan tapi satu pun tak jalan. Kejap je dia kebah, then malam datang balik panas tu berulang-ulang kali sehingga lha hari ni.

Ini ujian dari Allah kan? Ye, tak semestinya kita sihat selalu. Minggu ni supposed aku pergi Johor untuk handover hari Rabu ni. Tapi tak boleh sebab aku kena ambil darah lagi sekali. Mak suruh aku kerja esok. Aku bukan tak nak kerja, tapi badan lemah habis sebab tak boleh nak makan apa ll. Bila dah demam ni, macam ll kau akan rasa sakit. Bukan setakat badan panas, badan ll kau semua akan rasa sakit terutamanya pinggang. Tekak pun akan sakit dan pahit. Rasa nak muntah, hilang selera makan tiba ll dan yang paling teruk ialah migrain. Ini first time aku kena demam macam ni. Teruk sampai aku tak boleh nak bergerak sangat melainkan mandi, makan ubat dan tidur.

Sekarang memang musim demam. Aku berdoa lha ni bukan demam denggi tapi cuma kena suspek denggi je. Sebab risikonya sangat bahaya kalau kau kena demam denggi. Rasa sebak juga bila aku baca artikel mengenai demam denggi ni. Sampai ada yang meninggal lha apa lha. Kat sini aku nak share satu artikel penting mengenai demam denggi, aku baru je lepas baca. KLIK untuk baca. Dalam artikel tersebut, dia terangkan details mengenai demam denggi ni.

Those yang tengah demam sekarang ni, better jangan pandang remeh-temeh dengan demam korang tu. Kalau tetiba demam then rasa macam ada tanda ll denggi tu cepat ll lha dapatkan rawatan di klinik yang berhampiran. Jangan jadi macam aku, aku ingat demam biasa then aku tangguh ll sampai sekarang baru nak pergi check up. Last ll disuspek denggi pula. Padan muka aku. Sekarang duduk rumah je and tak mampu nak bergerak sangat. Boleh update blog lagi sebab aku tengok blog aku ni dah macam apa entah. Key aku nak out dulu, take care readers. Thanks sudi baca. Doakan aku cepat sembuh. Kesihatan menjana pendapatan. *Tiba ll. Bye! (':


P/S : Terpaksa tangguhkan lagi niat untuk blogwalking ke blog korang ll semua. Aku minta maaf sebab tak berkesempatan. Insyaallah kalau dah ok and free, aku akan balas balik. Terima kasih sudi singgah ke blog messy ni :D 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa