Assalamualaikum! Selamat hari raya. After few years tak menulis, finally come out dengan 1 entri acah2 cool. Padahal rasa menggigil dah tangan ni nak menulis balik (kalau tak ada orang baca pun takpe la, blogging is hobby!) Kahkahkah. Sebenarnya buka je blog ni selalu, tapi just tgok comment. Baru lepas delete 600+++ comments anonymous. Fuhhhh, spam je semua. Cis!
Memandangkan baru 3 bulan bertukar status dari cik kepada puan (Alhamdulillah), rasa macam terpanggil pula nak share entri before kahwin apa nak kena settle apa semua. Ko saba jap. Akak nak cerita ni. Ya Allah, rasa dah tua sangat dah bila menaip balik. Bukan apa, bila throwback, waktu buat blog ni dari zaman poli ok. Time tu penulisan tah pape2. Luckily aku dah delete entri2 yang memang kalau orang baca pun, confirm kena bahan sepanjang hidup. If ada yang tertinggal entri lama tu, kalau ada bahasa korang tak faham tu, sabar je la ea. Time tu bebudak lagi. Eleh entah2 korang pun dulu sama je pakai bahasa camtu. HAHAHAHA
Those yang soon akan berkahwin tu, aku ucapkan congratulations in advance lah. Seronok ea nak kahwin? Ok, seronok la kan. Alhamduillah. Tuhan bagi peluang merasa jadi seorang isteri/suami. Entri kali ni aku nak share checklist yang korang kena prepare sebelum kahwin. Borang apa nak isi, nak pergi merujuk kepada siapa bla bla. Untuk jenis hantaran, pilihan baju kahwin ke apa, ko salah entri dik. Akak bukan nak cerita benda tu. Kbye
First thing first, mesti lah dah tahu dengan siapa kita akan kahwin kan. Takut la mana tahu time tu tak tentu arah lagi, tapi dah sibuk nak kahwin ni. Cuma tak jumpa jodoh je. Kalau camtu masih salah entri lah. Mohon pergi cari entri lain. HAHAHAHA. Ok once dah decide, dah jumpa family dedua belah, dah hantar cincin tanda segala mak nenek, bermula lah migrain baik lelaki ke perempuan sebab tak jumpa step yang betul apa nak buat sebelum kahwin.
Dari tadi tak start lagi rupanya, HAHAHAHAH. Ok, aku rasa semua orang dah tahu bila nak kahwin ni, of course la benda wajib kena pergi kursus kahwin kan. Kursus kahwin ni kau boleh pergi awal. Katakan lah time tu tengah study, tapi tak terfikir pun nak kahwin lagi. Sokay pergi je lah kursus tu. Sijil valid sampai tarikh kau nak kahwin. Macam aku haritu, aku pergi lambat, time umur 22 ke 23. Time tu abang aku nak kahwin, so aku pun follow lah sekali. 2 hari, time weekend. Time tu aku kena bawah RM100 kot. Tak sure, not so mahal sangat lah. Sekarang aku tak sure berapa. Make sure korang pergi tempat yang betul2 lah keluarkan sijil kursus kahwin yang di certified oleh pejabat agama. Sekarang kan macam2, kang pergi2 rupanya tak sah sijil tu. So better research la sebelum pergi.
Next, prepare borang nikah. So far yang aku akan share ni step untuk KL dengan negeri Johor je. Negeri lain aku rasa lebih kurang sama juga. Benda paling penting korang kena tahu ialah nak nikah kat mana. Masjid ke rumah ke tak kisah, tapi belah mana. Belah laki ke belah perempuan. Macam case aku, husband aku memang pure Johor. Kita orang decide nak nikah kat Johor. Tengok macam terbalik kan, selalu nikah tempat perempuan, ni nikah tempat laki lak. Nak dijadikan cerita, aku ada rumah family kat Johor, sebenarnya nikah kat rumah family aku. Tapi bila orang tu tanya nikah kat belah lelaki ke apa semua, aku iyakan je. Malas panjang cerita. Tapi dalam borang mesti betul2 ea. Yela nak nikah kan.
Pengalaman aku, kita orang sebenarnya buat 3 kali kerja. Sebab husband aku daftar dekat pejabat agama Johor, aku pun daftar kat Jawi. Asing2. Pastu nak submit borang tu, kena tunggu borang aku complete baru husband aku boleh hantar lagi sekali kat Johor. Kalau tak nak panjang cerita, sebenarnya boleh je aku daftar yang belah Johor punya, sebab aku pernah bermastautin kat sana time aku sekolah dulu. Tapi dia nak surat bermastautin pulak, kena ada cop ketua kampung taman bagai. Bagi aku benda tu renyah, sebab aku kat kl time tu, lagi pulak nak patah2 balik JB. So aku decide daftar je kat Jawi dulu. Fyi, yang mula mendaftar kat pejabat agama ni mesti lah lelaki dulu. Kenapa lelaki ea? Tak boleh ke perempuan dulu? Kau ketua keluarga ke bakal husband kau? Lebih kurang camtuh lah. HAHAHAHA. So lelaki sila pergi mendaftar kat pejabat agama ye, kalau kau nak nikah kat tempat perempuan boleh je. Kau complete kan borang, then nanti perempuan hantar kat belah dia pula.
Macam complicated kan? Tapi sebenarnya ini la benda yang kau akan rindu bila dah lepas kahwin nanti. Yela, nak kahwin punya pasal. Itu tak kena ini tak kena. Yang penting kau faham konsep je. Kalau tak faham2 juga, bawa2 lah berbincang dengan cara call pejabat agama ke, tanya apa benda yang kau tak faham. Aku rasa hari2 aku call Jawi. Sebab yela tak faham kan. Kang dia suruh hantar borang, sekali borang tak complete. Kan buat 3 4 kali kerja. So kau call je pejabat agama tu. Diorang tak marah. Kalau diorang marah, suruh berhenti kerja. HAHAHAHAH. So far yang assist aku masa aku call tu, baik2 belaka. Terima kasih puan/encik. Oh ye, registration tu valid 3 bulan je ea. Tahu nak kahwin, jangan daftar awal sangat. So dalam 90 hari korang kena settlekan lah segala mak nenek tu. And make sure korang kahwin lah lepas tu.
Dalam borang tu, tandangan imam, saksi semua ada. Then bila borang dah complete, kat Johor ni dia unik sikit sebab ada interview. Husband aku 2 kali kena interview. Aku tak kena sebab aku tak daftar pejabat agama sana. Kalau aku daftar, dengan aku sekali kena. Nasib baik tak, fuh legaaaaaaaa. Soalan apa dia interview? Alah, dia borak je. HAHAHAHAH. Ada orang cakap kena hafal doa qunut la apa semua. Tengok interviewer kau siapa. So far yang ni dia borak je. Tanya pun benda2 basic je. Camtuh lah. Ada yang baik, dia permudahkan. Kalau dia nak kenakan kau, kau saba je la. Kata nak kahwin kan. Heheheheh
Second last step, lepas dah settle borang nikah. Pergi buat test HIV ye. Test HIV aku buat masa tu dekat Sultanah Aminah. Dia tutup pukul 4, aku sampai tepat2 pukul 4. Nasib baik uncle tu baik lepaskan aku. Oh, test HIV ni korang boleh buat kat mana2 je. Tak semestinya tempat korang nak nikah. Area tempat tinggal korang pun boleh. Mana yang convenient. Test ni valid 6 bulan ye. Prepare borang nikah dulu, baru buat test HIV. Sebab borang test HIV tu siap dengan borang nikah sekali. Ujian dia susah ke? Tak payah beria, tak sampai 5 minit. Dia ambil darah kau je, pastu tunggu result. Time tu juga tahu ko kena jangkitan HIV ke tak. Boleh kahwin ke tak. Pasangan kau nak kahwin dengan kau tak. HAHAHAHA
Last but not least, after settle semua. Jangan lupa pergi jumpa imam yang akan nikah kan korang tu. Bawa la borang nikah korang yang dah complete tu untuk imam set tarikh and masa apa semua. Saksi time aku, abang aku dengan kawan imam tu. Imam tu pun bawa saksi juga. Tapi seriously imam yang aku dapat tu baik gila. Husband aku alhamdulillah sekali lafaz je. Imam tu takde bagi gabra2 kan orang de, dia pun nak cepat balik sebab nak pergi nikah kan orang lagi. Hahaha! Duit upah imam dengan saksi tu korang bagi time akad nikah. Jangan bagi awal lak, yela kahwin pun belum lagi.
After few steps di atas, izinkan aku cakap yang ok korang dah settle. Tinggal double check je apa yang patut. Pastu dah boleh kahwin dah. Yehuuuuu! Sekarang dah zaman canggih, boleh je google kat website pejabat agama apa semua. Jangan risau, korang confirm lulus boleh kahwin. Kena amek tahu je. Hehe. By the way, aku ucapkan good luck and semoga perkahwinan korang akan kekal till Jannah. Amin. Mak nak stop dah. Esok nak kerja. Kang ada sambung mc lagi nanti. Mc perut yang sakit ye. Tangan tak. Hehehe. Feel free untuk drop comment if ada nak tambah2 ke. Hope entri ni membantu sedikit sebanyak. KBye! :)
p/s : Kalau teringat waktu sebelum nak kahwin dulu, mesti nak tergelak je. Kelam kabut ya amat! heish!