BERCINTA DENGAN LELAKI MUDA, APA PROS AND CONS NYA?

Assalamualaikum. Tetiba datang mood nak update blog. Biasa lah kita bukan full time blogger, kadang ll bila free and ada idea je baru gila ll nak update. Hokey *ala ll Johan Raja Lawak*, harini saja nak letak topik pasal bercinta dengan lelaki muda, ceh acah ll pengalaman. HAHA. To be honest, yeah in reality memang aku pun terjebak dengan lelaki muda ni. Hokey la ayat paling mudah ialah sedang rapat dengan lelaki muda. Pergh, kemain tak malu lagi mengaku rapat ea. Mohon abang ll aku jangan baca enty ni.

Yes bukan nak menunjuk tapi benda/situasi ni dah jadi sesuatu yang familiar kan. Kita macam pandang serong/hina if kita tahu yang contohnya kawan/sedara/kakak kita ke bercinta dengan lelaki yang lebih muda. Ayat paling best orang akan tanya kita ialah kau dah tak ada lelaki lain ke weyh? Bebudak juga yang kau pilih. Then gelakkan kita. Sometimes macam malu pula nak mengaku yang kita ni memang bercinta dengan lelaki muda sebab kadang ll bukan kadang ll sebenarnya *ayat India*, kita MEMANG ada orang sekeliling kita yang selalu jaga tepi kain kita. Sometimes I was like persetankan jelah apa orang nak cakap. Yang nak kahwin aku, bukan dia. Bagi makan batu nisan kang baru tahu. HAHAHA. Over. Alah dulu aku pun orang yang macam ayat tu juga, gelak ll kan orang sebab rasa nonsense gila. Sekarang terkena batang hidung sendiri, hokey ini lah cinta kauuu. HAHAHAHA! Short conclusionnya ialah jangan main cakap ikut sedap mulut benci/tak suka/pon pang pong pang, demikian lah DIA akan terbalikkan perasaan tak suka semua tu jadi suka. 

Aku nak cerita sikit, beza umur aku dengan mamat ni tak adalah jauh kauuu, 3 tahun je kot. KOT tu nampak macam acah ll kacang/mudah/senang/tak jadi masalah tapi impactnya besar woiii. Kejap lagi cerita pasal pros ad cons nya. Macam mana boleh terjebak ni? Masa sekolah dulu aku form 5, dia form 2 *jangan gelak*, so first time nampak dia masa hari sukan. Kita orang tak sama rumah sukan then masa tu dia jalan depan aku pastu aku pun macam 'eh cute juga budak ni'. Tipu lah masa sekolah kau tak pernah jadi annoying kan? Cari ll adik/abang/kakak angkat padahal kat rumah dah ada 1 set semua tu then masa facebook dah diperkenalkan add ll orang, update status annoying gila macam 'rindu zaman couple life, fokus ll spm'. HAHAHAHAH! Tak payah tipu, aku tahu semua tu. So were me, suka cari adik angkat. Don't know time tu tak matang lagi kot. So time tu suka ll tengok je la, tak lebih pun. Keciknya dunia ni bila classmates aku kenal pula mamat ni, rapat lagi. Amboi macam dah berjodoh pula. 

Dipendekkan cerita kenal ll then bila dah lama kenal tu, ada la seciput perasaan kan dalam hati. Lagipun mamat ni pun even lagi muda dari aku, perangai dia hokey jujur memang tak kena dengan umur dia. *pros* Matang malah lebih matang dari orang yang sebaya/atas aku. Sweet/romantic tu ada lah en. Masa aku kerja lepas SPM, selalu datang kedai bawa makanan la apa lah, selalu ambil berat and paling touching punya part bila mak aku sakit dia jadi orang yang paling sibuk. Tapi sayang, benda tu semua kejap je bila aku ada orang lain sebab dia pun masa tu malu nak mengaku kita orang ni macam lebih dari kakak adik. Gila ayat! Pastu aku pun sambung belajar kat Shah Alam, tinggalkan Johor yang memang banyak gila kenangan. Tapi tu pun tak lama juga aku dengan orang lain tu sebab dia annoying gila, aku banyak makan kain dari nasi sebab patah hati. HAHAHA. Tapi lepas dah break up tu, oke je memasing. Tak lah gaduh or apa cuma macam biasa je. Dia hot sangat ramai kawan perempuan and ada juga la orang yang cari aku sebab nak kat dia. Hokey, aku doakan yang terbaik untuk ex aku tu. Amin. Lagi pun masa aku tak ada kat Johor, membe aku aka cnn aku tu cerita yang mamat ni macam tak leh bla la hidup dia. At last kita orang declare juga and now sekarang dah 4 tahun lebih. Dah memikirkan perancangan, cuma nak jalan kan slow ll je. Buat apa yang patut dulu. Insyaallah, kita merancang DIA menentukan. Takut sebenarnya nak bagi komitmen terlalu tinggi, yelah kita tak tahu apa kitaran hidup kita kan. DIA lebih teliti dari kita semua.

Panjang betul cerita cinta gua, wakakakkka. Hokey, entah lah bagi aku lelaki lebih muda ni masalah dia nanti ialah dia tak puas enjoy kehidupan dia lagi. Then kita tak tahu pula penerimaan family dia terhadap kita macam mana. So far, mamat ni dah pernah jumpa family aku kecuali abang aku yang sulung and kakak ipar. Tapi kakak ipar dah tahu dulu pasal ni and my mak and SIL are very supportive punya orang. Sangat bersyukur mempunyai mereka. Masalahnya aku belum lagi jumpa dengan family dia, itu satu puncak kerisauan juga la. Lagi satu pasal bercinta dengan lelaki muda ni ialah diorang tak ada kewangan yang kukuh. Yesss! Kadang ll benda tu pun jadi satu masalah pada perempuan and pada aku juga sebab yelah nanti nak kahwin, so kena lah ada kewangan yang tetap and rasa tanggungjawab. Kalau betul dia lelaki sejati, dia mesti ada inisiatif sendiri. Insyaallah. Hokey la, aku nak tamatkan karangan aku. Terima kasih kerana membaca. Yang penting jangan cerca/hina/pandang rendah hokey orang yang bercinta dengan lelaki muda ni. Setiap orang lain cita rasa/kesukaaan/iltizam sendiri. Yang penting perhubungan itu diredhai, Insyaallah. Kalau ada experience/pandangan/nasihat, komen la pepanjang kat kotak komen. Aku dengan senang hatinya akan membaca dan terima. Bai.





Nota mata : Rindu nak tengok ssid. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa