PIDATO

Assalam dan selamat malam!Hey hui hoo.Korang sihat tak?Meh gores pipi kiri kanan.Dah lama rasanya tak menjenguk ke tempat 'post' ni.Biasanya aku akan lebih rajin ke tempat 'comments'.And FYI dashboard baru ni bila buka dalam phone bukan main berat,besar dan tebal lagi.Nak tunggu dia loading makkk aiii saba je lha.Dulu kalau pakai dashboard lama,aku akan buka dalam phone and memudahkan aku untuk tengok comment and so on.Tapi untuk dashboard baru ni,aku prefer untuk buka via laptop.Keyy tanpa membuang masa aku nak share serba sedikit mengenai pidato.Wahai sha sejak bila kau suka berpidato pula ni?Aku rasa post aku ni sedikit sebanyak membantu pelajar sekolah sebab kebiasaannya bebudak sekolah yang lebih tertarik mengenai pidato ni.Tapi pidato boleh disampaikan oleh pelbagai golongan sebenarnya.

Ingat tak dalam entry INI aku ada membebel pasal satu subjek iaitu soft skills yang berkod 'AS101'.Then after kali ke-3 mengikuti kelas pidato ini,baru aku faham apa kaitan pidato dengan course yang aku ambil.Bukan setakat civil je,electric,mechanical and perdagangan pun ambil subjek yang sama.Tujuannya adalah supaya kita boleh tampil dengan lebih berani apabila berhadapan di khalayak ramai.Di samping dapat menambah ilmu pengetahuan and knowledge about skill pidato,dapat mengubah persepsi negatif kepada positif and bla bla bla.Ramai complain cakap 'budak poli ni jenis penakut sikit kalau suruh presentation kat hadapan'.Biasa kalau lepas LI kan,kena submit report and present mengenai apa yang kita belajar di site kan.Haloo geng,bukan semua orang boleh bercakap dengan baik di hadapan khalayak ramai.Mengigil wooo masa berdiri kat hadapan tu.Tangan?Sejuk macam mayat.Perasaan?Cuak macam nak dijatuhkan hukuman gantung.

Untuk subjek soft skills ni terbahagi kepada dua part iaitu teori dan praktikal.Teori yang kami pelajari seperti macam mana nak membentuk keyakinan diri,imej diri and pelbagai lha.Praktikal pula memang sangadd beruntung sebab pensyarah-pensyarah yang mengajar kami terdiri daripada golongan-golongan pemidato yang terhebat dan gah.Pernah dengar pasal 'Akademi Nusantara'? Yee itu lha akademi yang mengajar kami sekarang ini.Memula masa puan tu announce yang pensyarah-pensyarah tu dari dari 'Akademi Nusantara',aku macam biasa je lha sebab honestly tak pernah dengar pun nama akademi tu.Then aku buadd sedikit research sebab masa tu kena cari tokoh pemidato yang hebat,terjumpa pula pasal akademi ni.Terkejut juga aku bila baca and bukan cengcalang kodd diorang semua.Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai akademi ini,sila rajinkan diri menekan di SINI.

Pengasas utama dalam akademi ini ialah Dato Dr Syed Ahmad bin Syed Samsuddin Al-Saggof.Siapa dia ni?Beliau merupakan seorang pakar motivasi dan telah melahirkan beberapa ahli pemidato yang hebat.Masa tahun 2009 kalau tak salah aku,dia pernah menjadi pengerusi jawatankuasa penasihat jabatan perdagangan di PSA.Beliau juga dikenali sebagai 'Ikon Pidato Malaysia' dan beberapa kali dianugerahkan sebagai 'the best motivator', 'tokoh pidato' dan pelbagai lagi kejayaan beliau.FYI Dr.Syed ni juga merupakan seorang blogger,so kalau korang nak kenal dia dengan lebih terperinci korang boleh melawat blog dia dengan tekan SINI.Dah beberapa kali aku jumpa Dr.Syed ni and first expectation aku orangnya sangad-sangad lha kelakar.Serius aku tak tipu weii.Kita orang tergelak jee dengar dia berucap tapi dah kata pun hebat orangnya.Bagi dia berdiri kat depan tu macam berborak dengan kengkawan.Tak ada sikit pun muka cuak or apa ke.Rilek and cool je.Aku rasa kalau dia ajar kita orang memang happening lha kelas tu sebab asyik nak gelak je.

Maybe bagi korang pidato ni bosan sangadd macam yang aku pernah anggap dulu tapi sebenarnya happening gila.Aku seronok masuk kuliah ni sebab kuliah yang paling sempoi tapi bermakna.Nak berpidato kena ada skill macam Master Zaitun and Tuan Haji Anuar cakap

1 2 3 4
5 6 7 8
nak jadi pemidato hebat
rajin-rajin lha ke hadapan

At least bila kau mengikuti kuliah ni,penat dan beban kau pun akan hilang and korang rasa terhibur lha sebab pelbagai benda yang korang akan belajar sebenarnya.Aku memang tak suka berpidato tapi bila belajar sebenarnya bukan senang nak pelajari pidato ni kalau tak bebetul.Ada pelbagai teknik yang perlu dipelajari.Since kita orang dah 3 kuliah ni,pelbagai teknik juga lha yang dapat kita orang belajar.Antaranya teknik jari makna,teknik rangkap sebutan,teknik kefasihan,teknik gelombang suara and others.Bahasa yang digunakan untuk bertutur bukan bahasa baku atau jawa ke,tetapi bahasa Nusantara.Kena rajin praktikkan lidah untuk bertutur bahasa Nusantara.Perghh kemain lagi.Pensyarah yang mengajar kita orang pun comel sangad and dia dah macam ayah aku dah.Aku suka tengok dia cakap sebab comel :D

Finally bila dah habis sem nanti semestinya subjek yang aku akan rindu nak belajar ialah subjek soft skills.Ye lha kita orang diwajibkan lulus subjek ni and kalau failed,LI tak akan dapat pergi.Then aku akan rindu semua xtvt yang dijalankan sepanjang kuliah tersebut.Aku nak ucap terima kasih bebanyak kepada Master Zaitun and Tuan Haji Anuar sebab banyak membimbing kita orang sepanjang kuliah ni and sedikit sebanyak aku dapat banyak knowledge mengenai pidato ni.Tak kenal maka tak cinta.Tak kenal pidato maka tak tahu apa keseronokannya.Tak sabar nak proceed kuliah seterusnya and subjek soft skills ni memang subjek kegemaran aku lha senang cerita.Bye!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa