WORDLESS WEDNESDAY #11


Bb jatuh buat kali keberapa entah! Screen cium bitumen! :(

TRIP TO PERAK

Assalam dan hai orang Perak! Eh kenapa tetiba orang Perak pula ni kan? Aku datang tempat kau lha! Jyeahhh kali ni aku nak cerita pasal trip family ke Kuala Kangsar, Perak. Pada 2hb Februari 2013 bersamaan dengan hari sabtu dan bersamaan lagi dengan hari jadi aku *selamat hari jadi sha! kita orang bergerak ke Perak untuk Majlis Pertunangan abang sedara aku di Felda Perlop 3. Korang tahu tak tempat tu? Ok sambung cerita, memula ingat nak gerak dari Cheras hari Jumaat malam. Tapi disebabkan aku kerja dan akak and abg aku ada dinner, so kita orang decided nak gerak hari Sabtu pada pukul 4 pagi. Serious talk penat sebab Jumaat malam tu aku balik lambat because of shopping buku! Nanti kita cerita pasal voucher buku tu key!

Around pukul 5 macam tu baru kita orang gerak dari Cheras. Perjalanan dari KL ke Perak dalam 4 jam je. Which means yang Johor lagi jauh sebenarnya dari Perak. Kira trip ni first time lha aku pergi ke Utara sebab sebelum ni memang aku tak pernah pergi pun. Sepanjang perjalanan, first time aku rasa aku jalan tapi tak tahu arah tuju. Ye lha biasanya kalau balik Johor, tak payah berpandukan signboard pun sebab memang dah tahu kat mana apa semua. Ni aku rasa macam pelancong pula. Ha ha ha. Serious memang aku tak tahu langsung jalan kat sana sampai tengok signboard juga lha. Nama tempat pun pelik. Orang Perak, Pinang, Kedah memang dah biasakan jalan sana then tak payah hairan lha. 

Kita orang berhenti rehat dekat kawasan rehat Tapah kot, aku pun tak sure dan sampai sana around 7 lebih juga lha. Nak breakfast pepagi buta, memang aku tak selera so aku duduk tidur dalam kereta sudeeehhh. Berhenti selama 10 minit dan continue balik perjalanan. Tengahari dalam pukul 12 lebih macam tu, kita orang sampai di Kuala Kangsar dan stayback di situ selama 2 hari satu malam. Korang pernah dengar ta Chalet D'Kampung Mr Os? Jyeahhh di situ lha kita orang menetap. Mr Os yang bergabung dengan Abon dalam Raja Lawak tu. Haaa tuh lha dia. Tapi kita orang tak dapat jumpa dia, kita orang just dapat jumpa adik dia je.

First time datang situ aku rasa syiok sangat lha sebab ini kali ke 2 aku pergi chalet lepas Genting. Kalau nak compare Genting dengan Perak, memang Genting menang lha sebab chalet dia besar plus harga pun boleh tahan. Masa kat Genting tu, aku stayback dekat Janda Baik. Lupa apa nama chalet dia. Continue, Chalet Mr Os ni memang simple sangat. Saiz dia tak lha besar mana, sesuai lha untuk pasangan yang dah berkahwin ke. Macam haritu kita orang ramai ll, so rasa sempit sikit. Dekat bawah ni ada beberapa keping gambar untuk tatapan korang.







 


Chalet Mr Os ni kalau nak ikut sejarahnya, aku tak sure sahih atau tidak ialah pada asalnya sebuah rumah pusaka yang lama. Dekat situ, ada nak dekat bawah 10 buah chalet juga lha yang boleh disewa dengan harga yang berbeza-beza. Harga? Seriously harga dia sangat murah. Kalau perasan pada gambar yang pertama iaitu bumbung hijau tu, haa itu lha chalet yang kami sewa. Satu hari RM 80 je so kalau 2 hari RM 160 lha. Murah en? Yep exactly betul! Semuanya ditanggung dan dibiayai oleh abang sedara aku. Kita orang tinggal datang, makan, dan tidur jee dekat situ. Kalau dekat gambar yang pertama juga tapi sebelah kiri, chalet yang warna putih tu harga dia mahal sikit lha around RM 120 sehari.

Korang pun boleh tengok dekat gambar tu ada disediakan swimming pool dan hut kan. Overall bagi aku chalet ni, simple tapi menarik lha. Sesuai lha if korang nak datang menjenguk-jengah dekat situ. Apa yang paling aku suka ialah bilik air dia. Ha ha ha. Gambar yang bawah sekali tu aku snap tak berapa clear sangat sebab nak cepat. Dia pakai tempayan untuk tampung air. Itu paling unik aku rasa. Aku suka kalau barang ll antik and dulu ll ni. Cantik sangat! Tapi apa yang tak menyenangkan ialah jarak untuk tempayan dan jamban sangat lha jauh. Susah nak basuh! Ha ha ha.
 
Kalau dalam bilik pula, ada lha kemudahan lain seperti 1 almari, ada air-cond, satu queen bed atau single bed *depends dan almari solek. Dekat atas almari solek tu, ada lha dia bagi sabun, uncang teh, cawan, sudu and benda ll basic lha.  Ok stop pasal chalet. Now on kita cerita pasal hari pertunangan pula. Dalam pukul 2 lebih macam tu, kita orang gerak dari Kuala Kangsar menuju ke Felda Perlop. Abang sedara aku kata around 20 minit je. Kepala hangguk dia! Ha ha ha. Kau tahu berapa lama aku baru sampai? Nak dekat sejam lebih juga lha. Felda Perlop tu memang jauh. Coverage? Memang tak ada. Tapi serious kampung dia cantik doe!

Kita orang sampai Felda Perlop 3 around pukul 4 lebih. Bermula lha sesi pertunangan tersebut. Nasib baik tak cerita panjang. Kalau tak mengantuk aku. Pihak lelaki membawa 5 dulang hantaran dan sepatutnya pihak perempuan membalas 7 dulang hantaran sahaja. Tetapi aku ta tahu lha ni memang adat istiadat orang perak ke apa sebab masa tu pihak perempuan balas nak dekat 10-13 dulang tak salah. Seriously banyak. Memang adat orang Perak ke apa erk? Diorang cakap dekat situ hubungan kejiranan tu memang kuat lha, diorang saling bantu-membantu antara satu sama lain. Bila ada orang buat kenduri itu ini, nanti ada yang datang sumbang itu ini dan macam tu lha seterusnya. So beruntunglha pihak lelaki kan dapat banyak hantaran. Baru tunang tu, belum kahwin. 




Hantaran daripada pihak lelaki


 Hantaran daripada pihak perempuan


 Abang sepupu dan tunang


Ok boleh berhenti membuntangkan mata sekarang!! Ha ha ha. Actually memang 5 pun hantaran daripada pihak lelaki cuma masa tu kek belum sampai. Masa tu agak kelam kabut sikit so aku tak sempat na snap gambar kek tu. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan kita orang disambut dengan hidangan kampung lha. Ada ayam masak merah, tempoyak, tembikai and macam ll lagi. Sedap kottt! Terima kasih orang Perak atas layanan baik anda. Tunang abang sedara aku comel gila. Aku suka tengok muka dia. By the way, selamat bertunang abang. Cepat ll kahwin key!

Apa yang aku gemar akan Perak ialah ada satu restoran dekat Kuala Kangsar kalau tak salah nama restoran tu ialah Restoran Ikan Bakar Alifuddin, seriously memang sedap habis! Sorry tak dapat nak tunjuk gambar apa ll. Maybe orang yang duduk Perak tahu lha kot. Aku masa tu ambil ikan keli bakar, udang, tempoyak sikit dan sayur. Masa tu kami makan around 10 orang dan bila dah kira, ingatkan mahal sangat lha lebih 50 ke. Rupa ll nya RM 30 jee. Serious murah. Kat Shah Alam kau nak cari harga macam ni? Mimpi lha sampai ke bintang. Pape pun memang superb ikan keli bakar cicah air asam. Next time nak pergi lagi lha!

Setelah dah memasuki perenggan terakhir baru aku perasan yang entry aku memang panjang. Ha ha ha. Maaf kalau korang bosan. Aku just nak share pengalaman bersama. If korang ada pengalaman tidur chalet itu ini, drop comment korang key. Boleh terjah. Alright itu sahaja lha untuk hari ni. Ha ha ha. Thanks baca! Sila datang lagi! Bye! (: 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa