CARA NAK BUAT HANTARAN SIMPLE

Assalam readers! How do you feel? I'm totally great. Tetiba aku rasa excited pula sebab hari ini dah masuk bulan Disember!! Aku nak cakap "Hello December, good to see you again". Before we start, what is my december wish actually? Hmm ==' I just want my life is better than past but the most important is, please don't say that I'm 'sangkut' paper for this semester! Amin!! Ok hari ini aku dengan baik hatinya lagi sekali akan share satu tutorial untuk buat hantaran yang sesimple-simple alam. Eh kenapa pula kita bercerita pasal hantaran ni? Am I going to be a wife? I'm only 19 years old but I'm the lucky one if I can be a wife in this age. Whoot whoot ~ No lha. Ini mengenai pertunangan abang aku yang akan diadakan pada hari ahad ini bersamaan 2hb 12 2012. Cantik tarikh tu! 

Sebenarnya idea ini datang dari HANNAH JOHARY a.k.a akak ipar aku. Ini percubaan pertama dia membuat hantaran untuk orang bertunang. Aku tanya dia mana akak belajar buat hantaran ni, dia cakap dari majalah pengantin and banyak lagi lha. Bila aku tengok dia buat petang tadi, nampak senang sebenarnya. Tak lha susah kalau kau nak buat something hantaran yang simple but nice. Serius sebab aku yang tak berseni ni pun kalau aku cuba boleh jadi juga kot. Aku tolong lha sikit-sikit tapi kebanyakannya tolong tengok yang banyak. Cuba kau suruh aku kira diameter dalam paip, memang laju je aku buat. Tapi suruh tengok orang buat hantaran ni memang lemah sikit. Tapi tadi aku tertarik nak tengok hantaran yang akak ipar aku buat and tu yang aku asyik tangkap gambar je tadi.

Alright student, for sure sila baca dengan teliti ye langkah-langkah yang perlu dipraktikkan beserta bahan-bahan yang perlu digunakan. Haaa tak susah pun. Tapi sebelum tu, anggaran untuk membuat hantaran ini around RM 200 lebih sahaja. See that? Kalau mahal pun disebabkan isi barang yang kau beli contoh macam kek, coklat, bunga, buah dan sebagainya. Tapi kalau setakat nak buat hantaran ni, aku rasa tak pakai banyak bahan and kos pun.

CARA NAK BUAT DULANG HANTARAN
BAHAN-BAHAN

Kain satin
Gam uhu
Double tape
Polystyrene
Stand 





1. Stand ni yang digunakan untuk hantaran abang aku. Kalau korang review memana magazine pengantin and etc, actually pelbagai rupa dan bentuk dulang yang diorang gunakan dan lagi grand. Korang cari je dekat kedai-kedai yang jual barang-barang hantaran ni. Mesti ada but mesti lha ikut minat korang juga and the most important korang kena tentukan dulu warna untuk hantaran tu nanti.




2. Next, ambil polystyrene tadi and letakkan atas stand. Bukan polystyrene yang makanan tu key. Tentukan arah kedudukan polystyrene ikut bentuk stand tu sendiri. Biasanya polystyrene tu takkan lari dari kedudukan stand sebab nanti korang akan letak something atas tu. So jadi berat lha kan.




Ini kain satin yang akak aku beli and kalau tak salah dekat Ampang Point. Satu kain satin ni around RM 4.80




3. Lastly, letak kain satin atas polystyrene. Untuk mengelakkan kain satin tadi tu senget menyenget, korang boleh letak double tape atau gam uhu dekat atas polystrene tadi. But akak ipar aku prefer letak double tape. Disebabkan kain satin ni berwarna putih, so agak nampak lha jalur-jalur double tape tu tadi. But nasib baik barang-barang yang akan diletakkan memenuhi ruang polystyrene tu so ta jadi masalah sangat dekat situ. Jadi ikut lha warna hantaran yang korang nak tetapkan tu but make sure warna tu seiring dan sama padan juga dengan dulang hantaran korang nanti.

P/S: Kalau korang rasa semak sangat dengan juraian kain satin macam gambar di atas, korang boleh juga lipat kain satin tu secara elok dekat bawah polystyrene which means yang kain satin tu nanti akan jadi bulat ikut bentuk polystyrene tadi dengan menggunakan jarum peniti. Then dekat tepi-tepi polystyrene tu korang boleh lha letak something hiasan atau labuci kee or manik-manik ke then lekatkan pada sekeliling polystyrene tu guna gam uhu. For sure lha mengikut kreativiti korang sendiri. Faham tak? Kalau kain satin tu kedut, pepandai lha korang gosok tapi jangan sampai berlubang sudah.

SIAP!!!!

So dah settle bab dulang hantaran. Senangkan? Yes tak sampai 3 minit dah boleh siap. Bertambah senang kerja aku lagi ye. Kiranya if korang memang bebetul nak jimat korang boleh buat sendiri semuanya hantaran ni. Almaklumlha zaman sekarang ni, semua benda mahal beb. Tutorial ni bukan setakat untuk hantaran tunang je, untuk kahwin pun boleh tapi kebiasaannya kalau kahwin diorang akan tempah dekat orang lain sebab kahwin ni sekali seumur hidupkan jadi mesti nak hantaran tu cantik,molek dan superb. Ni aku share untuk dikongsi bersama. Kalau suka boleh ikutkan. Mana tahu tetiba korang rasa kreatif nak buat sendiri. Yang dekat atas dulang tu, pepandai korang lha nak hias atau letakkan apa benda kan contoh macam sirih junjung, bunga, buah, coklat and pelbagai lha. Gambar dekat bawah ni ialah contoh dulang untuk buah-buahan. Tapi buah-buahan belum beli lagi. Ni dah hampir siap, then nanti tinggal nak letak and hias buah je.




Akak ipar aku guna bakul kecil untuk letak buah-buahan. So dia hias tepi bakul tu dengan ribbon pink and untuk mengelakkan bakul tu bergerak and buah-buahan tu jatuh, korang boleh ikat bakul tadi pakai tali. Macam akak ipar aku, dia ikat tali tu then dia tebuk lubang kecil dekat polystyrene tadi dan dia masukkan tali tu dalam lubang kecil yang ditebuk and ikat tali tadi pada stand. Ikat mati kalau boleh. Sure kukuh and tak jatuh.




Netbook aku ni nak masuk sekali juga. Kalau dapat hantaran tab or i-pad ke. Beruntung badan weiiI!!


Disebabkan yang nak bertunang ni ialah abang aku, so kami dari pihak lelaki memang buat simple je lha. Tema warna untuk belah perempuan ialah pink purple manakala untuk pihak lelaki pula kalau tak salah biru putih. Tapi kalau korang tengok bahan-bahan tadi pink putih kan? Sebab hantaran tu still belum siap sepenuhnya. Nanti kalau dah siap, aku akan ambil gambar and publish dalam blog ASAP. Pihak lelaki akan hantar 5 dulang yang akan dibalas 7 dulang oleh pihak perempuan. Aku terasa macam aku pula yang nak bertunang tetiba. Yang paling excitednya sebab lepas habis pertunangan tu nanti, kita orang nak pergi makan besar untuk celebrate birthday ayah haritu. Tu yang tak menyabar ni! Last but not least, tu je lha yang dapat aku share dengan korang untuk entry kali ini. Thanks sudi baca. Bye! :D


UPDATED!!





INI HASILNYA! CUN TAK?
INI KALI LAH! :D




1 comment:

Anonymous said...

Your means of describing the whole thing in this piece of writing is really good, all
be capable of effortlessly understand it, Thanks
a lot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa