Sakit Telinga Membahayakan!

Assalam! Hari ni topik kita mengenai kesihatan pulop. Asyik pong pang benda sama je, tak syiok juga kan. Baiklah, siapa pernah kena sakit telinga? Dia bukan macam gatal ll dekat luar telinga tapi dia sakit kat dalam telinga. Aku antara mangsa yang pernah kena sakit telinga tu. Pengalaman aku, flashback balik 3 tahun lepas masa tu umur acah ll comel 17 tahun, aku kerap sangat kena sakit telinga. Memang kerap sampai beberapa kali juga tak pergi sekolah. Bangun pagi je nangis sebab telinga sakit. Masalahnya sakit tu belah kanan, bukan belah kiri. Tu aku pelik. Kesakitan tu bukan selalu datang, dia macam tiba-tiba kau akan rasa sakit. Nak kata berdengung tu ye juga. Bila dah sampai sakitnya tu, subhanallah Allah je tahu perasaan tu.

Aku pun tak tahu apa punca sakit telinga ni. Tak boleh jadi, aku pun pergi klinik. Masa tu duduk Johor. Klinik agak kejauhan juga lha, nun pusat bandar sana. Dah ponteng sekolah tu, mai lha klinik ambil MC. Tapi klinik kerajaan, kau tahu ll je lha bukan senang nak dapat MC. Bagi dia sakit telinga ni kes biasa dan kecik. Kalau korang nak beli MC swasta aku tahu kat mana tempatnya sebab aku pernah beli masa praktikal haritu. Oppsss! Kantoiiii. HAHAHA. Gila kau tak mahal, 30 hengget terbang. Ok continue, bila time turn aku tu berdebar juga. Sebab mana tahu dia nak potong telinga aku masa tu. Apa kejadahnya? Pergi lantak.

Yang aku tahu, aku memang agak kurang pendengaran sikit masa tu. Doktor pun admit benda yang sama. So tiba giliran nak mengecheck pula. Seingat aku, dia check telinga aku dengan satu benda. Aku tak tahu lha menatang apa benda tu tapi dia masuk dalam telinga aku dengan berisi air, maybe dia nak bersihkan telinga aku and check ada apa dalam telinga aku ni kot. So bila benda alah tu masuk dalam telinga aku dalam ll, ya allah meleleh air mata aku. Sebab apa? Sakit sangat doe. Memang aku nangis kat situ juga. Tahu tak apa yang keluar? Ada lha serpihan ll kotor yang keluar, segan nak sebut (faham ll sendiri) dan yang paling tak boleh blah ialah keluar satu ulat juga masa tu. Macam ulat putih, aku pun tak sure warna apa. Tapi aku rasa itu punca telinga aku sakit sangat. 

Nak kata tak korek telinga, aku rasa dah berkati pengorek telinga tu aku beli. Tahu tak perasaan apa selepas telinga aku dah dibaiki? Perasaan lega dan kau tahu telinga aku menjadi normal kembali. Sistem pendengaran aku jauh lebih baik dari yang sebelumnya. Orang cakap jauh pun aku boleh dengar, punya lha lapang telinga aku masa tu. Sebab dah tak ada benda yang menghalangkan. Dia ada juga bagi aku ubat titik telinga tu, belah kanan and kiri macam tak sama. Entah lha, tapi malangnya, 2 tahun lebih je pendengaran telinga aku bagus dan sekarang sakit telinga tu datang balik. Ya Allah, macam nak menangis rasa. Aku nak buat check up, tapi aku takut pula. 

Aku ada google juga pasal sakit telinga ni. Sebenarnya ia bukan perkara yang boleh dibawa main.  Kau boleh jadi pekak sekiranya infection tu berkembang sampai ke dalam ll telinga. Haduhaii. Aku dah mula risau diri sendiri. Oh before tu, aku nak share artikel-artikel penting yang korang patut tahu pasal sakit telinga ni. Ye maybe sekarang belum kena, tapi mencegah itu lebih baik dari mengubati. Boleh klik SINI pasal punca sakit telinga serta cara merawati dan klik SINUN juga untuk mengetahui apa itu dengung dalam telinga. 

Aku harap artikel tadi membantu lha ye. So mari kita jaga kesihatan sama ll. Tetiba teringat, kalau kita buka lagu kuat ll pun boleh affect juga. Aku acapkali macam tu, maybe sebab tu aku sakit telinga. Alright, dah maghrib ni. Selamat menunaikan solat maghrib ye muslimin dan muslimat. Kalau korang ada experienced juga pasal sakit telinga ni, dipersilakan share. Bye! (:







Nota mata : Geli pula aku search google images tadi pasal sakit telinga ni. Gambar ll dia, awww nyummy. BHAHAHAHHA!


2 comments:

Noor Ikmal said...

Assalam, baik pergi jumpa saja doktor.. kan lain pula jadinya kelak.... :)

SHAQEELA ISMAIL said...

U PEGI HOSPITAL SPECIALIST KEW ATAU HOSPITAL BIASA SAJA?SYA PN SKIT TELINGA NE SAMPAI KEPALA TAPI I RASA SEBAB COTTONBUD YG DAH LAMA BERTAPAK DALAM TELINGA INI HAMPIR 5THUN LEBIH..APA PERLU SAYA BUAT NE...PERGI KLINIK BIASA MNTA I PERGI SPEACIALIST PULAK..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa