MINI PROJEK SOFT SKILL DKA3D

Assalam. Hujan lebat membasahi bumi Cheras and for sure yang Shah Alam pun lagi lebat mungkin? Guruh berdentam-dentum di langit tapi aku still nak meng'update' juga dengan rasa excitednya. Hari ini aku dah decide tak nak study dulu untuk E.X.A.M.I.N.A.T.I.O.N yang akan bermula pada 18 November 2012 iaitu pada hari ahad minggu hadapan disebabkan keletihan yang teramat sangat. Bermaksud yang esok lha baru aku buka buku! Untuk entry kali ni aku nak cerita tentang 'Mini Projek Soft Skill DKA 3D'. Entry kali ini akan dimuatkan dengan muatan gambar yang sarat lagi padat. But sebelum tu, gambar yang aku upload ni merupakan gambar asli dan tidak edit. Diambil dari pelbagai jenis mega pixel dan ada yang agak kurang sikit kualiti gambar and tu maybe handphone aku sebab maaf lha aku just team Cokia je. So kalau sudi usha lha!

'Mini Projek Soft Skill DKA3D' ini merupakan projek kecilan untuk kelas DKA 3D iaitu kelas aku sendiri. Ia sebagai salah satu syarat untuk melayakkan diri kami untuk pergi LI semester hadapan. Which means kalau tak buat mini projek ni kita orang automatik gagal LI! Untuk department lain yang aku tahu diorang lebih prefer buat camping, explorace and etc. Cadangan kami pada mulanya nak melawat kanak-kanak spastik and kalau nak kira memerlukan dana yang agak besar. Oleh kerana kesuntukan masa and kelas kami pun tak pakai dana daripada orang luar, kita orang decide nak bergotong-royong dan mengecat pagar surau. Disamping sebagai salah satu mini projek, kami juga dapat buat amal jariah  and kiranya ada lha saham akhirat kami mudah-mudahan insyaallah! Walaupun pada mulanya berat hati nak bangun pagi tadi tapi itu pagi tadi je ok! :D Dengar macam dah biasakan tapi ini pengalaman yang luar biasa mungkin bagi kami? Memula memang agak risau sebab takut mini projek ni tak berjalan dengan lancar macam yang kami harapkan tapi belum cuba belum tahu ye dak! So kat bawah ni aku akan cerita serba banyak mengenai tinta mini projek ni.

8.00 pagi
Classmate dah berkumpul dekat luar pagar poli dengan 3 buah kereta and 3 biji motor mungkin. Tapi aku, tasha and ir as biro sumbangan terlambat pula datang sebab si fuzz lambat bangun!!! Kita orang call dia and dia cakap baru bangun walhal masa tu dah nak dekat pukul 8. Then terpaksa lha sorang lagi classmate kita orang iaitu hadi yang 'kutip' kita orang. Sumpah aku sentap dengan kau hadi! By the way, terima kasih! Then kita orang gerak secara konvoi menuju ke Seksyen 7. Kereta banyak so bawa pun slow lha. Si hadi ni tak suka bagi signal and nasib baik classmate kita orang yang follow kat belakang tak terlajak pergi tempat lain. Teruk lha kau hadi!

8.45 pagi
Kami sampai di surau As-Siddiq yang terletak berhadapan dengan Giant and surau ni juga berdekatan dengan I-City. Surau tersebut di pilih oleh pengerusi kami iaitu Afiq Zulkifli. Tak sampai beberapa minit fuzz sampai diikuti juga dengan affiq musa dan lain-lain. Then kami diberi sedikit taklimat ringkas oleh imam mengenai surau As-Siddiq. Selepas diberi taklimat, kami bersarapan roti dan juga air teh panas. Nak sarapan nasi pepagi memang tak lha kan. Ada pula yang balik rumah nanti sebab mengantuk. Selesai bersarapan kami mula dibahagikan tugasan masing-masing oleh timbalan pengerusi iaitu fifi.



Lelaki bersalam dengan Imam sebelum bermula taklimat ringkas


Menunggu untuk waktu sarapan pagi. Muka semua
stress je

Eyra K tunjuk apa tu? Hihihihi


Kami bff! Muka segar di pagi hari. Tasha tengah ambil gambar
kita orang masa ni

Fifi berbaju oren sedang membahagikan tugasan kepada kami

9.15 pagi
Kami pun memulakan tugasan. Kami dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil which means 1 kumpulan akan membersihkan tandas lelaki dan tempat wudhuk lelaki. 1 kumpulan yang lain pula akan bersihkan tandas perempuan dan tempat wudhuk perempuan. 1 kumpulan lain juga akan mengecat. 1 kumpulan lain akan bersihkan dalam dan luar surau. So aku tergolong dalam kumpulan yang akan membersihkan luar kawasan surau dengan geng yang lain. Di bawah ni merupakan beberapa keping gambar rupa bentuk surau As-Siddiq dan tugas kumpulan memasing. Even ada yang dah settle job memasing, tapi ada juga yang datang menolong kumpulan yang belum settle. So di situ lha terciptanya kerjasama antara satu sama lain yang kita orang sendiri nampak dan perasan sebenarnya. That's why kita belajar subjek soft skill. Dalam erti kata lain selain memupuk sifat kepimpinan dalam diri sendiri dan belajar berkomunikasi dengan orang luar, kita dapat juga bekerjasama sesama sendiri. XD

SURAU AS-SIDDIQ


















KUMPULAN YANG BERSIHKAN LUAR SURAU



Ini kerja kami. Mengutip sampah,menyapu sampah dan juga
membersihkan longkang. Z  dengan fifi bukan main happy lagi. Eh ir
kang terjatuh nanti! Mira stay cool. hehe


Nak juga jadi model pokok. eh bunuh diri lha ir!


Izzati kau buat apa kat celah-celah motor tu?


4 orang pendek 2 orang tinggi. Fair bukan?


KUMPULAN YANG BERSIHKAN TOILET, TEMPAT WUDHUK DAN DALAM MASJID
Sorry tak banyak sangat gambar yang aku sempat snap sebab lantai licin masa tu and semua tengah busy. Kang tak pepasal jatuh di tengah-tengah macam nangka busuk. Plus nak masuk surau pun kami yang hehem ni tidak dibenarkan atas alasan tersendiri. Dekat toilet and tempat wudhuk lelaki memang tak dapat nak snap gambar langsung. Takkan nak suruh aku masuk kot?


Supposed nampak eyra K dekat sini tapi masa aku
snap pixa dia dah masuk dalam toilet pula


Fafa, eyra K and tiqah. 


Sebab tak dapat nak masuk surau, so aku snap dari jauh
je. Nampak tak kehijauannya di situ? Rajin korang en. haha


KUMPULAN YANG MENGECAT


Afiq, Aiman, Hadi and Haris


Kau kenapa Haris?


Dinding di cat warna hijau selepas putih. Si z datang
menolong. bagus si jemah ni!


11.50 pagi
Kita orang dah settlekan tugasan memasing. Time untuk makan tengahari. Memang lapar gila masa tu. Penat? Ye sangat penat tak terhingga tapi seronok sangat beb! Kira orang cakap berbaloi lha peluh mencurah-curah sebab berjaya juga projek mini ni. Makanan tengah hari dimasak oleh mak kak nadz. Terima kasih kak nadz! So fuzz dengan tasha balik rumah kak nadz sebab nak tolong angkat barang. Menu utama ialah nasi putih dengan telur dadar, ayam sambal dan juga ada sayuran yang dicampur dengan udang. Air pula air sirap. Sedap tapi sayang tak habis nasi sebab perut dah penuh dengan air. Almaklumlha bila dah penat tambah dengan panas matahari, air dulu yang dicari.


Makanan untuk tengahari. Nyummy! XD


Muka lapar memasing. Sabar ea


Bebudak ni main sugar glider hadi kot masa ni


Ok muka orang lapar. Kebulur katanya tu yang sampai dua
bungkusan tu.


1.30 tengahari
Selesai makan tengahari, ada sembahyang berjemaah dalam surau sebab masa tu dah masuk waktu azan Zuhur. Selepas berjemaah, Puan Najah pun sampai dari Ipoh dan kalau tak salah pengerusi yang memberikan ucapan penutup masa tu diiringi dengan imam. Masa ni juga kami dari DKA3D memberi sumbangan kepada surau As-Siddiq iaitu 3 buah frame berasaskan ayat al-quran dan sebuah jam dinding. Info tambahan, kami beli frame ni dekat Mutiara Egypt dekat Tesco Extra Shah Alam. Memula masuk kedai tu dah target mesti dapat around 2 frame je kot sebab nampak mahal. Then akak kedai tu bagi offer murah kat kita orang untuk 3 frame. Terima kasih akak! Untuk nak cukupkan duit yang diberi, kami pun habiskan dengan membeli sebuah jam dinding. Alhamdulillah walaupun tak seberapa at least kami dapat menyumbang juga dan baki daripada dana kelas tersebut kami sumbangkan kepada surau As- Siddiq dan juga segala peralatan yang kami gunakan untuk bergotong-royong.

Mutiara Egypt


Jom datang sini!


Sumbangan yang dibeli semalam. Diletakkan dalam kereta
fuzz untuk tujuan keselamatan. hehe


Pengerusi memberikan ucapan penutup


 Tekun gila muka korang doe!


Fuzz yang snap pixa ni. Haha dia dah nampak aku pandang
camera dulu. 


Memberi sumbangan kepada pengerusi Surau As-Siddiq.
key time ni memang aku nak gelak sebab ir buat lawak!



Pengerusi DKA3D memberikan sumbangan kepada 
pengerusi Surau. Pengerusi vs Pengerusi.



Mendengar taklimat terakhir daripada Puan Najah


Muka arep memang buat aku boleh gelak besar ea!


Sesi bergambar dengan pengerusi dan imam.


Kami lha keluarga besar DKA3D. we're the best!

Tepat pukul 2 petang kami bergerak balik. Honestly aku cakap, ini pengalaman pertama yang aku rasa seronok sangat bekerjasama dengan korang sampai entah lha. Tak dapat nak terangkan macam mana. Maybe bagi korang tak tapi ye bagi aku. Kerjasama and sifat caring-menyaring korang tu yang best sampai aku terfikir nak update entry mengenai mini projek ni. Aku hope sifat ni akan kekal sampai lha kita habis semester 6 and bukan berhenti setakat ni je sebab lepas ni maybe banyak lagi perkara yang memerlukan kita bekerjasama. Terima kasih yang sudi terlibat tapi tadi bersalaman and pelukan jadi sedih pula. Macam dah habis sem 6 walhal study week je pun. Hehe. Pape pun good luck DKA 3D untuk final exam and sorry tak dapat nak upload pixa ni ke facebook sebab aku dah menghabiskan masa berejam untuk membuat entry ini. Tunggu timbalan pengerusi upload je lha! 1 2 3 you're the best! Clapping pidato pap pap pap pap pap ohh yes! Lepas rindu juga dah buat tepuk semangat tadi. Hahahah. Mesti tuan haji anuar and master zaitun bangga kalau tengok! Kbai (:

























1 comment:

FITRAH JAMIL said...

best lah dpt jugak pengalaman baru kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa