10 PERKARA MENGENAI TOLONG KHAS UNTUK LELAKI

LELAKI

  • Tolong jangan mempunyai perasaan berbelah-bahagi sekiranya anda mempunyai girlfriend. Seolah-olah anda sebenarnya belum bersedia untuk menerima si dia dalam hati.
  • Tolong jangan berjanji setinggi gunung sekiranya takut tak mampu untuk menunaikannya. Seolah-olah anda memberi harapan kepada si dia sedangkan si dia sangat mempercayai anda.
  • Tolong memberi si dia kebahagiaan dan kepercayaan yang tegar. At least si dia tahu yang anda sebenar-benarnya memang boleh di percayai dan itu membuatkan si dia bahagia.
  • Tolong jangan bersikap curang dan tak jujur. Mulut kata sayang tapi hati kata lain sedangkan masa tu anda sudah mempunyai girlfriend tetapi keluar dengan perempuan lain.
  • Tolong jangan mengongkong si dia separuh mati. Seolah-olah si dia itu merupakan tanggungjawab anda sedangkan anda tidak mempunyai status perhubungan yang halal.
  • Tolong buat keputusan yang tegas sekiranya sudah tidak sayang lagi. At least si dia mungkin terluka sekarang bukan di kemudian hari. Lagi lama anda menangguh, lagi lama si dia terluka.
  • Tolong memahami si dia dalam apa jua keadaan. Jangan buat apa yang si dia tak gemar atau suka sebab perempuan hatinya sangat sensitif terhadap sesuatu.
  • Tolong jangan bagi harapan. Bukan kepada girlfriend sahaja malah kepada kawan perempuan. Kalau tak suka cakap terus-terang and don't treat her like yours.
  • Tolong jangan couple kalau tak ada niat nak berkahwin dengan si dia sebab ia akan menjadi haram semata
  • Tolong jangan minta simpati kepada perempuan sedangkan si dia tak pernah hargai anda langsung.

3 comments:

Fendy said...

tolong jangan couple....hehe

LaLa mhdnor said...

tolong tolong tolong, hehehe

Cikmimy ^^v said...

All correct.agree this :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa