PROGRAM DERMA DARAH PERDANA POLITEKNIK MALAYSIA 2012

Assalam.Setelah aku 'kebengangan' * betul tak aku eja tu? yang meluap-luap dalam entry INI even sebenarnya belum habis lagi bengang ni sampai sekarang.Takpe aku nak hold dulu cerita tu and now on aku nak cerita pasal 'Program Derma Darah Perdana Politeknik Malaysia 2012' yang telah berlangsung dengan sejahteranya pada 11 September 2012 iaitu pada hari Selasa.Aku dah ternampak ada blogger yang dah hupdate dulu pasal program ni tapi takpe kali ini versi sha pula keyy.Supposed kelas aku pada masa tu pukul 10 pagi jadi disebabkan program ini berlangsung pada pukul 8 pagi, so aku dengan berbesar hatinya bangun awal dan semangat zaman pergi ke poli pepagi buta.Before ni membe aku ada juga gembar-gemburkan pasal program derma darah ni.Disebabkan aku belum pernah derma darah lagi seumur hidup, jadi aku rasa tertarik nak pergi mengikuti program ni sebab 'every blood donor is a hero'.So I'm a hero!

Pelancaran Program Derma Darah Perdana di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) iaitu poli aku sendiri berlangsung pada pukul 8.30 pagi.Aku duduk di barisan hadapan sekali dengan Tasha.Actually barisan hadapan tu standard lha untuk VVIP or pegawai yang bertugaskan.Disebabkan masa tu tak ada tempat kosong,so PA aku iaitu Puan Sarina suruh kita orang duduk dekat situ.Memang aku segan lha masa tu sebab berhadapan dengan stage pula.Jadi kita orang gumble je lha duduk depan tu.Around pukul 8.25 macam tu ketibaan Pengarah PSA iaitu Puan Asmara Sulong dengan para Dr serta beberapa orang wakil dari PSA mengiringi pengarah tersebut.Masa tu Tasha dah coverline seluar dia sebab dia pakai seluar jeans.Standard memang kalau dah dikatakan poli lha memang 'haram' hukumnya memakai seluar jeans ye anak-anak.Kalau tak saman akan dilayangkan ke hadapan muka anda sebab masa tu Encik Teo iaitu orang yang paling tegas bab-bab pemakaian student and saman-menyaman ni duduk selang 4 kerusi je dengan kami.Aku pandang Tasha and Tasha pandang aku sambil tersengih busuk.Rilek sudah.Bila lagi nak langgar peraturan poli?? Kah kah kah.Kat bawah ni ialah banner Program Derma Darah.


cun en banner dia (:


Informasi ringkas mengenai program ini ialah Program Derma Darah Perdana ini dijalankan oleh seluruh politeknik-politeknik yang ada di Malaysia ini which means bukan PSA sahaja yang adakan program ini.Yang menariknya, program ini telah dicatatkan dalam 'The Malaysia Book of Records' kerana mencatat sejarah mengadakan Program Derma Darah Perdana seluruh politeknik di Malaysia.Tujuan Program Derma Darah Perdana ni juga adalah untuk membekalkan darah ke seluruh hospital di Malaysia disebabkan negara kekurangan darah.Jadi program ini sekaligus dapat membantu mereka-mereka yang memerlukan darah serta dapat berbakti kepada masyarakat.Apa yang menariknya sebanyak 13866 jumlah darah yang telah didermakan hasil daripada program ini dan PSA merupakan politeknik ke 3 yang banyak mendermakan darah sebanyak 1182.Politeknik yang paling banyak mendermakan darah ialah Politeknik Kota Bharu iaitu sebanyak 1679 diikuti dengan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah sebanyak 1212.Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang boleh refer di SINI.

However,program ni memberi sedikit kebaikan kepada pelajar-pelajar PSA tapi kalau poli lain aku tak tahu lha.Korang nak tahu apa benda? Meh aku list down kan kebaikan-kebaikannya.

-Sijil Penghargaan akan diberi
-Mendapat merit (untuk peringkat kebangsaan)
-Saman dikurangkan sebanyak 70%

Ada lagi satu tapi aku lupa lha apa benda.Yang tak boleh blah saman dikurangkan sebanyak 70% tu.Wow!!!Lepas ni boleh lha buad-buad kena saman.Kikikiki.Ini lha yang ditunggu-tunggu oleh student yang selalu kena saman.Kalau kena saman,memang tinggi weii harga dia.Serius aku cakap.Kengkadang kalau ter'parking' dekat tempat lecturer or tak ada sticker ke around RM 200 akan melayang macam tu je.Dah tu bukan kena bayar saman dekat lecturer.Kena pergi dia punya pejabat lha apa lha.Banyak procedure and memang susah lha hidup.Sepanjang aku 3 sem dekat poli,sekali je aku pernah kena saman sebab tak datang program yang jabatan anjurkan.Kena lha saman RM 20.Itu dah kira murah lha walaupun mahal sebenarnya.Kang kalau tak bayar,result kena tahan nanti.Bab-bab pemakaian ni alhamdulillah aku belum pernah kena saman even aku rajin pakai 'jeans' and 'selipar' kalau pergi kelas.Jabatan aku kurang pantau sikit lha pasal bab pemakaian ni tak macam jabatan elektrik, kau pergi daftar pun kalau pakaian ketat or apa, sila pergi ke sebelah kanan iaitu kaunter saman then baru boleh daftar.Aku bersyukur sebab tak dapat course elektrik! Hahaha.Tapi kalau sekali jabatan aku buad spot check melalui PA,jangan menangis time tu ye.

Macam biasa before nak pergi derma darah,perkara pertama yang akan di check ialah berat badan.Kalau tak salah lebih dari 50kg baru dibenarkan menderma.Berat badan aku ber kg kg jadi memang layak sangad lha nak derma darah kan.Pagi tu aku just breakfast roti dengan air je sebab before derma darah memang kena makan dulu.Takut ada kesan sampingan lain ke.Kaunter 1 kita orang kena isi borang.Soalan yang ditanya macam biasa korang ada penyakit HIV ke,sedang pregnant ke and memacam lagi.Kaunter 2 nak check darah korang tu macam mana,elok or tak.Selama 19 tahun aku hidup,buad pertama kalinya aku baru tahu yang aku berdarah 'B' sebenarnya.Kelakar kan.Aku siap tanya doc tu 'saya darah apa ye'.Nak tergelak pun ada masa tu.Kaunter 3 pula ada sesi kaunseling.Dia tanya aku cukup tidur selama 5 jam ke tidak and bla bla bla.Kaunter 4 aku kena buadd buku sebab baru first time derma and the next baru aku pergi menderma darah.Before tu dia bagi lha kau satu plastik yang dalam dia ada jarum and peralatan lain.

Perasaan aku masa tu?Ye sangadd cuak sebab ini pertama kali menderma darah.Entah macam mana tergerak hati aku nak pergi derma darah masa tu.Kebetulan nurse yang cucuk tu lelaki pula.Hew hew tenung kejap muka dia.Berjanggut pula.Kah kah kah.Aku rasa dia baru habis training sebab aku terdengar dia berborak masa tu yang dia baru settle jalani latihan apa entah.Aku pun tak tahu.Dia tanya first time ke derma darah.Aku just angguk je lha.And dia pesan rilek je jangan gabra sangadd.Nanti takut pening.Aku pun senyum.Masa nak setting saluran-saluran kat kerusi tu,memang lincah pergerakan tangan dia and aku sempat cakap dalam hati 'tangan tu jangan nak over sangad,kang bagi kaki nanti'.Masa dia cucuk jarum pertama tu,keyy sakit sikit macam kena gigit semut.And kali kedua jarum yang dicucuk tu muka aku pasrah je masa tu.Terus lemah longlai jadinya.Dalam 10 ke 15 minit masa tu baru beg aku penuh dengan darah.Masa aku tengok darah aku dalam beg tu,aku just senyum and tarik nafas lega sebab aku dapat juga derma darah aku untuk orang yang memerlukan.Then penderma darah diberi rehat selama 10 minit.Aku rasa macam nak tidur terus je atas kerusi tu.Masa dia nak tarik balik jarum tu,memang sakit sebab terkena kulit aku.Dapat aku rasa kesakitan dia.By the way dekat bawah ni aku ada snap beberapa keping gambar untuk tatapan korang.


banner program derma darah perdana dipasang



Keadaan semasa program derma darah dimulakan



Peserta-peserta yang menderma darah.Nervous ke kak?



Nurse dan doktor tengah busy memasing masa ni



Nurse cun tengah menge'check' beg darah dah full ke belum



Para sukarelawan sedang mengagih-agihkan makanan



Lebam di tangan aku yang sudah 4 hari di 'inject'


Settle derma darah,kita orang diberi sedikit makanan untuk alas perut.Ada 100 plus,milo,biskut and roti.Macam tu lha keadaan semasa program tersebut dilaksanakan.Yang aku tak boleh blah and ketawa terbahak-bahak,membe aku Ir tetiba pitam pula lepas derma darah.Bukan apa,before nak derma darah dia lha orang pertama yang paling excited dan beria nak derma darah.Walhal dia dah pernah ada experience derma darah before ni.Aku yang sakit-sakit ni terus baik tengok keadaan dia.Mana tak nya orang lain derma darah kat belakang, dia tercongok atas kerusi kat depan stage sengsorang.Nasib baik Tasha ada masa dia pitam tu.Dia ingat abang senior yang tolong angkat kan dia masa dia pitam.Tasha dah bingit dah sebab dah lha Tasha pun derma darah masa tu then terpaksa angkat si batu Ir pula.Berdekak habis aku dengar cerita macam mana dia pitam tu.Dah sakit lepas tu demand pula,tak boleh kena panas lha,kena urutkan kaki dia lha.Sumpah minta pelempang aku dengan Tasha.Eh Ir bunuh diri sekarang.Tapi nasib baik dia tak pape lha.Buadd risau je si senget sorang ni.

Kalau korang perasan gambar yang terakhir tu, gambar tangan aku yang lebam selepas disuntik.Tapi memang betul pun sebab sampai sekarang kesan tu tak hilang lagi.Aku tersilap pilih kerusi masa nak derma tu.Supposed aku pilih kerusi yang belah kanan.Sebab aku ni kidal orangnya,bila dah derma darah tangan kiri macam mana nak menulis en?Aku ingat en derma darah tangan kiri je.Wakakaka mana lha aku tahu masa tu cause tak dapat nak fikir apa-apa lha.Lepas dah balik dari dewan,aku jumpa membe kat makmal.Memang dah ter 'skip' satu kelas pukul 10 sebab kita orang settle derma darah semua pukul 11 lebih.Dah lha ada quiz masa tu.Ada sorang membe aku nama dia Wardah pergi tekan pula kesan suntik tadi.Apa lagi seriau aku jadinya.Menjerit kesakitan.Bila duduk sebelah Tasha pula,24 jam asyik kena pukul je dengan dia dekat tangan kiri.Mana tak tambah lagi lebam ni.Memang pergi bunuh diri lha kau Tasha.

Macam mana pun,aku seronok sangad sebab dapat join program and derma darah sekaligus.Congrats pada mereka yang derma darah pada hari tersebut.Korang memang hero lha!So sampai sini sahaja lha entry aku untuk kali ni.Korang dah boleh buka twitter ke apa ke.Buad lha apa yang korang nak.Kbai geng! (:







3 comments:

Anasyg said...

Bangah senyum sorang2 baca entri ni. First of all, tahniah da dapat menderma darah ye. Bangah pernah sekali gak. Hehe. :) toodles, jmpa kat entri lain k

Cikrosecute said...

dah lama sis tak derma darah hihihi...bagus program nie...

syhrh said...

Anasyg- hehe. thanks bangngahh :D

che rosliza che mat- yeke. memang bagus pun kak (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa