Review Blog - Part 5

Assalam! First of all, sorry untuk mereka yang drop comments untuk review blog part 5. Dah lama juga kan sebenarnya? Yee sem baru dah nak bermula so aku agak busy sedikit mengurus hal poli, daftar kursus, pendaftaran dan sebagainya. Alhamdulillah semuanya dah settle. Alright tak nak panjang cerita. Hari ini aku nak review 4 blogger yang sudi join kaunter review blog masa aku buka haritu. Terima kasih banyak ll ye. Bang ngah pun nak juga tuuu! HAHAHA. Tanpa membuang masa, jom kita usha siapa blogger ll bertuah ni.






Blogger ini dikenali sebagai Elf. Die fans of kpopers dan peminat Running Man juga. Boleh dikatakan isi dalam blog dia semuanya tentang kpopers lha. By the way, header awak cantik dan Song Ji Hyo lagi nampak cantik! LIKE! Bestnya blog ni ialah dia ada menyediakan tutorial, tips ll dan juga freebies yang cute-mute untuk tatapan korang. Yang part 'ElFiction' tu menarik sebab korang boleh request any short story yang korang nak yang berkaitan dengan kpopers. Blog ni juga ringan dan tak lambat loading. Nak singgah? Tekan header Song Ji Hyo tu ok! 






Blogger seterusnya ialah Shazelins Hudgens. Blogger ini datang dari Sarawak. Hai orang Sarawak! Kamek tak pandai cakap Sarawak! HAHAHA. Maybe peminat Lee Kwang Soo sebab gambar google plus dia gambar pengkhianat sejati Running Man tu. Blog dia simple sebab background warna putih tanpa ada edit semata. Header nampak cool sebab sesuai dengan background. Blog tak banyak loading and kalau boleh satu page tu buat dalam 1-2 post sahaja sebab boleh jimat masa sikit masa scroll. By the way menarik dan nak blogwalking boleh tekan header untuk ke blog beliau.






Akhirnya dapat juga blogger lelaki untuk direview. Nama blogger ini ialah Hakim Faiz. Blogger ni dia letak banyak sangat link masa dalam kotak komen so aku pilih salah satu lha. Apa yang menarik ialah blog ini menyediakan pelbagai informasi dan tak ketinggalan juga segmen dan GA ll yang terkini. Ada satu group blogger yang disediakan dalam blog untuk korang join dan post entry atau GA ll yang menarik. Jangan lupa join tau, boleh menambah rakan! So korang boleh lawat tuan punya blog ini dengan menekan header di atas. 



Last blog untuk direview. Rasanya korang dah kenal kot dengan blogger ni. Nama dia Syaza Raihanah. Blog dia kemas dan tersusun. Aku suka sebab ada pelbagai tutorial dan freebies yang disediakan. Selain itu, kaki ll novel juga boleh usha review ll novel contoh SSID dan sebagainya. Blogger ini juga ada menulis novel ciptaan dan karya sendiri. Nampak menarik. Teruskan usaha dik! Bagi sesiapa yang terlepas menonton SSID, Still Marry Me, Gangster Celop dan sebagainya secara online, korang boleh tonton online dengan menekan header di atas dan terus pergi ke kotak 'watch online'.

Finally, habis juga review keempat-empat blogger ini. Korang akan dibloglistkan selama seminggu mulai hari ini sehingga Isnin depan. Sila check url anda di kotak yang bertanda '^^'. Korang juga akan dipromote di group facebook selama 2 hari. By the way, tahniah ok! Kaunter review blog selepas ni tak tahu akan dibuka bila memandangkan kelas pun dah bermula. Hope lepas ni ada lagi orang yang sudi nak join kaunter review blog ni bila aku buka nanti ok. Bye! (:




2 comments:

ieta said...

bestnya bila blog direview... slmt berkenalan ya done follow:)

Sam Banjamin said...

rajin buat review kawan2... mcm ni, baru semangat kawan2 lain nak berbloging...

anyway... salam perkenalan.. terus follow ye.. thanks juga coz, support Gerila Penulisan Kreatif... ping lagi banyak2...

sam banjamin a.k.a zulkifli sa'don
admin/founder Gerila Penulisan Kreatif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa