Kad Siswa 1 Malaysia dan Voucher Buku RM 250

Assalam! Ok hari ni aku nak share sikit pasal kad siswa 1 Malaysia dan voucher buku RM 250. Entry dah lapuk?Takpe, kali ni versi Sha pula. Actually kad siswa dengan voucher ni dah lama dah aku dapat, cuma hari ni baru berpeluang nak update. Masa aku sem 2 kalau tak salah, student IPTA/IPTS/FORM 6 dapat juga voucher buku tapi bernilai RM 200. Cuma kali ini, Gov up RM 50 pula. If diberi peluang, maybe akan di up up up lagi kot. Kalau macam tu, alhamdulillah lha. Ringan juga beban student memandangkan sekarang ni semuanya nak naik harga, semuanya nak mahal and up apa semua. Ok politik seketika! Heee.




Continue masa voucher buku RM 200 tu, memang havoc habis pergi bershopping buku bagai tanpa limit. Ambil je jenis stationary atau buku yang kau nak, semua free. Favourite bookstore aku ialah Popular sebab Popular besar dan banyak choice untuk kau pilih. Pokoknya, Popular memang terbaik di Malaysia. Tapi untuk voucher buku RM 250 kali ni, aku tak tahu kenapa Popular dah letak limit pula untuk pembelian buku dan stationary. Plus kad siswa pun tak boleh guna dekat Popular, just kat MPH or mungkin bookstore lain. Tu tak pasti lha, but yang aku sure kat Popular memang tak boleh guna sebab aku sendiri pergi tanya cashier tu. Dia kata resit nak bagi kat GOV balik, then apa kena mengena dengan limit tu? Tak faham. Contoh limit yang aku cakap tu macam ni * Popular bookstore sahaja :


 RM 50 - 10 % stationary + 40 % books
  RM 100 - 20 % stationary + 80 % books
    RM 150 - 30 % stationary + 120 % books
    RM 200 - 40 % stationary + 160 % books

* Tak pasti betul or tak percent nya, tapi ni lha yang cashier tu tunjuk kat aku. Tak pasti
ada perubahan or not, nanti korang check sendiri ye.


So aku dah boikot Popular disebabkan limitednya tu, then beralih arah kepada MPH pula. Even MPH tak banyak choice pun, at least kad siswa dan voucher buku tu boleh guna keduanya. Tapi tak semestinya MPH or Popular je, kedai buku lain pun ada juga yang terima voucher buku ni cuma korang kena pepandai lha explore sendiri key. Sekarang voucher yang tinggal kat aku cuma RM 50 je, tu pun aku still pening nak beli kat mana lagi sebab semuanya aku tak berkenan. Aku cuba cari sebaik Popular tapi tak jumpa. Ada satu hari tu, kita orang stayback kat MPH Setia City Mall and time tu aku decided lha nak beli apa - apa. Lantak lha berapa banyak sangat dapat kan. Aku dah ambil bakul and dah isi stationary ll tu. Lepas tu aku fikir balik, mana tahu ada bookstore yang lagi murah and boleh dapat banyak stationary lagi kan? Korang tahu apa aku buat lepas tu? Aku letak bakul tu memana je. HA HA HA. Jahat kan?

Yep, RM 200 dah habis and aku sempat juga lha beli beberapa buah buku plus stationary sikit and paling gembira sekali aku dapat angkat 2 buah tafsir al-quran. Jyeah! Memang dah niat kalau dapat voucher ni aku nak beli. Alhamdulillah, aku dapat juga beli. Satu lagi untuk sapa erk? The biggest secret (: Poyo je en! And aku juga dapat grab pen drive Kingston 8GB yang promosi harga RM 17.90 sahaja dekat Popular. Maybe dekat semua Popular kot and aku pun tak sure ada lagi ke tak promotion tu. Siapa cepat dia dapat! Heeeee
















Kebanyakannya memang aku beli dekat Popular buku-buku ni sebab aku nak dapatkan pen drive tu and mak aku pun kirim novel kat aku. So kena beli lha. Novel tu bukan aku baca pun sebab aku tak minat. Mak aku yang minat baca novel bagai nak rak. Guess what? Tiap ll bulan mak aku akan beli novel and aku rasa novel dia sekarang hampir mencecah lebih 50 buah buku. Wah mak aku memang ulat novel doe! Takpe lha asalkan mak aku bahagia, aku pun ok maaaaaaaa. Yang bawah sekali tu hadiah untuk Achooo! Heeee. Nasib baik masa aku balik Johor haritu aku sempat jumpa, dating, hu ha dengan kengkawan and dia. Lepas rindu woii and aku sempat juga bagi hadiah tu dekat dia. Aku jenis yang tak reti gila nak bagi hadiah kat orang. Bukan kedekut, tapi aku tak pandai sebab aku tak tahu apa yang dia suka and minat. First time juga lha bagi plus aku rasa kekok pula. Tapi masa nak balik KL tu, aku nangis tersedu-sedan juga lha. Arghh dah lari topik pula!

Kalau korang yang dah dapat kad siswa and voucher tu tapi malas nak google ke apa ke tentang functionnya, dengan baik hatinya aku nak share 2 link yang berguna ni. If korang nak tengok berapa diskaun untuk kad siswa, mohon klik SINI lha. If korang nak tengok bookstore mana yang terima voucher ni, mohon klik SINI pula. Sorry malas gila pula nak taip lagi panjang. HA HA HA

Alright, setakat tu je lha yang aku nak kepohkan kat korang. Terima kasih sudi baca entry yang lapuk ni. Kalau rajin, suggestkan kat aku ke bookstore mana lagi aku nak pergi sebab dah tak ada idea dah mana nak habiskan lagi RM 50 ni. Drop comment korang di kotak komen alright. Aku gerak dulu. Bye! (:















10 comments:

ISs said...

wawww....dapat juga.,,
tapi x tau nak beli apa...
tersimpan je benda alah tu...

Jom ke sini :

Update : Keretapi Ferrari
Menarik : Muzium Sain Miami Lengkap Dengan Tangki Jerung
Popular : Gua Ais Terbesar Dunia
Pelik : Ombak Membeku Secara Tiba-tiba
Seram : Kuasa Air Membelah Jalan
Confius : Tasik Garam Warna-warni
Meletup : Kolam Terapung Di Tingkat 24
Meriah : Sambutan 100 tahun Doraemon
Kreatif : Apartment dihiasi Bola Ping Pong

Dan Banyak lagi di Green Life..

mambang kata said...

di hasani pon ada jga peraturan mcm tu...rsanya kerajaan yg tetpkan limit2 tu...tapi, baucer tu mambang guna tukar dgn lecturer rm200... :), then shopping abs la 200 tu, 50 lg beli kalkulator utk adik mambang yg nk PMR tu... :)

Stay update with http://www.coretan-mambang.my for more info and news!

Diana Azis said...

Amboih..kemain banyak dia shopping..untung student zaman sekarang..time kak diana study dulu tak de pun kemudahan macam ni.. :)

Cik Tanpa Nama said...

baru tahu popular ada limit cm tu...iera pun baru jeee dpt baucer buku petang ni...xtahu nak beli dekat mana ni..huhu
btw, first time dtg sini...nice blog..cute je blog ni...do visit mine

nik ros said...

seronoknya. byk tu rm250.dapat beli mcm2.

Noor Ikmal said...

Assalam, banyak juga yang dapat erk... beli yg bermanfaat saja... ada novel jugak erk...

LaLa mhdnor said...

kita dua2 x dapat lagi, sedih kan. xtaw nape kolej ni jadi macam tu T___T

Monyet Rimau said...

best dapat buku percuma!!!!

Blog awak terpilih!!!! jom comments blog saya banyak2, nanti sy balas balik 2 kali ganda hehe!

- Admins Blog 3 Dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/

nini said...

bestnya....boleh borong novel banyak2....hehe

Anonymous said...

KFC tak bagi diskaun pon. Tipu jer tiap kali aku wat keluar kad tu cashier dia ckp tak boleh2! Padahal aku beli snack plate jer. Siot jer KFC penipu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa