Sekolah Henry Gurney

Assalam. Entry pertama untuk Jun. Already 4.00 am dan aku masih berada di hadapan skrin laptop. Kali ni aku nak cerita sikit pasal Sekolah Henry Gurney ni. Kenapa tetiba nak cerita pasal sekolah ni? Kau pernah masuk sekolah ni ke atau pernah berkawan dengan budak HG? Tu diaaa banyak question marks dalam kepala otak hampaa. HAHAHA. No lha, tadi dekat facebook ada lha beberapa pages share entry yang sama pasal HG ni then aku rasa tertarik pula nak tahu lebih lanjut tentang HG. 

So apa aku buat? Aku pun google and google mengenai HG. Macam biasa, google memang tak mengecewakan dan aku terjumpa lha ada beberapa entry pasal HG. But the most yang aku baca semua pasal lawatan ke HG. Macam tak nak excited pula kan aku baca. Tapi aku nak termeninggal bila aku jumpa satu advertisement tentang HG iaitu 'Jawatan Kosong Sebagai Guru Di Sekolah Henry Gurney bla bla bla'. Rasanya dah lama punya kot tapi if ada kosong ada sesiapa yang berminat ta? 

Aku tak pernah lha tahu sangat pasal HG tapi aku tahu sekolah ni memang untuk budak ll yang bermasalah. Bagi diorang kes jenayah besar ll ni normal. Tapi kita rasa unnormal kan? Bila aku baca blog mereka ll yang pernah buat lawatan ke HG ni agak menyentap hati juga and aku rasa macam kesian dan simpati pun ada. Aku belum pernah pergi HG and aku tak pernah tahu pun sekolah ni dekat daerah Melaka yang belah mana. Tapi for sure sekolah ini dibahagikan kepada SHG Lelaki dan SHG Wanita. If korang nak tahu why nama dia Henry Gurney ke apa, tengok wiki di SINI.












Ini gambar yang dicopycat dari google and aku pun tak sure sangat. Boleh tolong buat confirmation? SHG memang sekolah yang dianggap sebagai penjara. Tanggapan aku terhadap sekolah ni sebelum aku tahu lebih lanjut ternyata salah sebab aku ingat sekolah ni cuma sekolah pemulihan akhlak sahaja which means tak ada pembelajaran yang ditetapkan sangat. Then bila aku baca kejayaan tengah pelajar HG ni, aku tabik spring dan hormat sebab tak semua yang sebelum masuk HG ni boleh baca, mengeja dan kira apa semua. Kebanyakannya 5-9 % yang masih terkial-kial. Selepas masuk HG, ada yang memperoleh 5-9 A dalam SPM dan ianya sangat mengejutkan untuk sekolah yang berstatus sebegitu rupa.

Tak nak cerita panjang, so aku nak share beberapa link tentang cerita HG yang aku baru lepas baca. Jangan lupa baca tau, menarik sebenarnya. Sila klik 1 2 3 4 5 6 untuk baca. Aku rasa cukup lha 6 link untuk dikongsi bersama kan. Nak lebih? Sila google sendiri ye sayang ll sekalian. Sebelum habis, aku nak nasihat sikit kepada diri sendiri dan juga orang lain. Before apa kita buat, kita kena tahu benda tu merujuk kepada kebaikan atau keburukan. Semua orang ada kisah silam. Kisah silam mengajar erti kehidupan dan membimbing kita untuk membentuk kekuatan diri dan menjadikan ianya satu pengalaman. Sekarang kita dapat lihat macam ll kes gaduh terutamanya adik ll yang masih sekolah tu. Akak nak tanya lepas kau buat macam tu kau dapat apa? Kepuasan?

Kau akan musnahkan hidup kau sendiri sebenarnya. Jadi sebelum nak pukul orang apa semua, tolong baca kisah ll hidup di HG. At least mereka dekat sana, terbimbing lha juga menjadi manusia yang berguna bila mereka keluar dari situ daripada kita ni. Sayangi zaman remaja anda sebab peluang hanya sekali seumur hidup. Past is past, jangan ulang dan ungkit benda yang dah lalu. Life must go on. Kalau kita tak ubah diri kita, siapa lagi yang akan ubah? Pokok pangkal diri sendiri sebenarnya. Semoga dipermudahkan Insyaallah, Amin. Korang pernah pergi ke HG? Cerita sikit pengalaman korang. Kalau boleh buat entry, aku nak baca. HEHEHE. Aku berharap aku dapat buat lawatan pergi ke sana, tapi procedure nak ke sana itu terlampau lha banyak dan gamaknya. Maybe one day, Insyaallah. Thanks for reading, bye! =)








2 comments:

NJihe.am said...

Salam singgah. Semua orang ada latar belakang yang mencorakkan diri. Fikir positif je dgn mereka. Studioous.blogspot.com

Anonymous said...

Pengalaman aku selama 2tahun 9bulan hidup dalam henry gurney banyak mengajar aku...ibarat aku nie tin kosong mula2 masuk bila aku dibebaskan penuh dengan ilmu yang aku dapat kat dalam tu...guru2 cikgu2 semua okey...iklas dari BOB283..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa