Lately ni, Mudah.my menjadi website kegemaran aku sebab aku rajin publishkan barang ll yang aku nak jual di website tersebut. Honestly, aku belum pernah beli barang dekat Mudah.my ni lagi sebab tak pernah mencuba. Tapi aku dah banyak kali beli barang online tapi bukan di Mudah.my lha, cuma beli di page-page facebook sahaja. Orang kata 'kalau takut nak beli online, baik beli barang kat depan rumah je'. Ye ada sebab kan kenapa orang takut dan ianya adalah takut tertipu. Banyak juga entry ll aku baca pasal tertipu di Mudah.my bla bla bla dan bla.
So aku rasa terpanggil juga nak bagi tips kat korang untuk mengelakkan diri sendiri tu ditipu dan tertipu dengan orang ll di Mudah.my ni. Sebab apa aku cakap camni? Yes, aku pun seorang penjual juga di Mudah.my dan jangan tak tahu penjual pun ada yang hampir ll ditipu oleh pembeli yang kononnya bijak tipu orang ni. Aku pun hampir ll juga ditipu oleh pembeli. Walhal aku ni penjual kot. HAHAHA. Jom check it out tips kat bawah ni first. Perlu diingatkan tips ll ini hanya datang dari ideologi aku sendiri dan maaf lha kalau tak membantu sangat. Sekadar berkongsi.
- Pilihan bijak - Apa maksud pilihan bijak? Korang kena berfikir secara rasional lha nak beli barang apa. Kalau boleh, elakkan diri dari membeli barang ll seperti smartphone dan yang berkaitan. Bukan apa, tak semua expert pasal phone ni kan. If korang memang pakar IT takpe lha. Habis yang bukan pakar macam mana? Kat Mudah.my memang ramai gila yang jual smartphone murah apa semua tapi korang tak tahu apa impaknya kalau korang beli dari situ. Nak selamat beli di kedai handphone atau nak lebih selamat lagi beli di Centre Smartphone tersebut. At least kalau rosak atau di tipu pun, korang nak tiaw dia korang tahu kt mana nak pergi tiaw. Ni kalau beli secara random macam tu, sekali je korang jumpa dia then kalau rosak korang menangis tak sudah. Tapi tak semua lha penjual macam tu. Kalau memang korang pandai cari and barang tu still ok, rezeki.
- COD - Apa benda COD ni? COD ialah Cash On Delivery. Kat Mudah.my selalunya bukan under diri sendiri je yang menjual, kadang ll under company. Contoh korang nak beli battery phone ke apa ke, korang tanya detail dulu batttery ni berapa harga dia, gred apa and ada COD tak apa semua. Kalau boleh korang kena pergi COD terus lha kat kedai dia. Baru ada jaminan dan korang pun rasa puas hati. Habis kalau dia duduk dekat Sabah tapi beli kat Semenanjung macam mana? Itu kena jadi tanggungjawab sendiri lha sebab apa kejadahnya korang kat Sabah tapi nak beli barang kat Perak? Contoh ll. Kalau korang rasa via Pos adalah better dan korang yakin dengan penjual tu, it's ok dan tak menjadi kesalahan pun kalau korang memang dah deal nak membeli. Sebaiknya COD lha.
- Research - Benda ni penting sebelum membeli sesuatu barang at least kalau penjual tu
kencingkorang kaw ll tentang kualiti atau harga, korang tak ada lha macam blank dan tak berilmu sangat nak tiaw dia balik. Rajin ll lha bertanya dengan orang lebih pakar dan tahu segala benda dalam dunia IT ini. Kira guarantee korang dalam hati ada lha dalam 30% semasa melakukan proses membeli ni. Penjual memang bermulut manis. Yep itu memang standard sebab business adalah tentang keuntungan bukannya kebankrupan.
Rasanya cukup lha 3 tips untuk korang pada hari ini. Actually tips ni pun korang boleh pakai kalau korang beli barang online selain di Mudah.my. Pokok, daun dan pangkalnya korang sendiri yang perlu buat keputusan yang bijak sebelum membeli barang ll online ni. Bukan dekat Mudah.my je yang banyak kena tipu, page ll kat facebook and website ll lain pun ada juga. Kat mana ll pun ada penipuan macam ni. Yang penting, kena alert lha dengan sesuatu perkara tersebut. Terima kasih kerana membaca. Kalau ada pengalaman membeli barang online dan ditipu ke, boleh share di ruangan komen. Bye! (:
2 comments:
Salam singgah. jiha tak pernah beli barang online. macam-macam boleh jadi di alam siber ni. Studioous.blogspot.com
agak tersingung disitu berkata "apa kejadah kau beli barang kat perak kau duduk sabah" hanya mampu berhuhu sajalah aku membacanya
Post a Comment