Penyakit Resdung!!

Assalam bloggerians! Hari ni aku nak story sikit tentang penyakit sinusitis atau pun resdung. Aku tak pernah tahu yang aku ada resdung sebab rasanya dulu aku tak ada masalah sangat dari segi pemakanan, kalau kena habuk pastu gatal ll hidung tu memang normal lha kan sebab habuk tu memang bahaya untuk kesihatan kita dan habuk tu ada kat mana ll. Cuma masa sem 4 ni aku rasa muka aku terlalu banyak sangat perubahan sebab jerawat makin bertambah ll dan nampaknya memang sangat gembira tumbuh banyak ll di muka aku plus kena pantang makan itu ini.

Dulu pun tak ada lha bersih sangat muka aku, cuma jerawat tu kurang lha. Sekarang dah pelbagai pula yang timbul. Faktor ll yang aku rasa aku ada resdung ialah :

1) Habuk 

Kehidupan seharian kita memang tak akan pernah lari dari habuk, asap dan etc. Habuk tu benda alah yang manusia sangat sensitif. Contoh macam aku, ambil course civil. Then praktikal kat syarikat kontraktor. So pergi site apa semua, memang habuk tu merata tempat lha. Aku sendiri tak dapat nak elak sebab bukan masuk site pakai mask ke apa. And for sure lha yang muka kita ni memang melekat doploh 4 jam je dengan habuk kan. Bila dah ada habuk tu, of course lha kau akan terbersin doploh 4 jam juga sampai rasa nak cabut hidung sendiri? Dan mula lha hidung kau juga akan melahirkan taik hidung tanpa diundang. 

2) Pemakanan

Yee pemakanan memang salah satu benda yang mempengaruhi resdung ni. Dulu aku paling gemar makanan seafood dan sambal belacan. Meleleh weyh! Tapi now on aku rasa aku dah tak boleh nak makan dua jenis makanan tu lagi. Bila aku makan sambal belacan, memang hidung gatal dengan sendirinya sampai aku rasa nak nangis pun ada sebab tak tahan dok menggaru je. Seafood pun sama, contoh aku makan sotong ke udang or etc, secara automatiknya muka aku akan naik gatal. Bukan gatal nak menggaru, tapi gatal dalam muka tu. Kalau dah boleh belah muka aku ni, memang aku dah belah dah sebab nak bersihkan balik muka aku ni.

3) Jerawat

Ni lha simptom yang memang mendadak dan terang - terangan nampak gila pada muka aku sekarang. Ramai juga membe ll aku tegur yang aku dah naik jerawat sangat sampai achoo pun tegur aku benda yang sama. So kalau aku dah naik jerawat kenapa? Nak tinggalkan? Fine! HA HA HA. Sumpah kejam! Mak aku pun sedar juga yang aku dah jadi gadis jerawat. Nak kata stress, boleh jadi juga. Tapi takkan lha sampai mendadak naik ye dak? Pelbagai cara juga lha aku cuba nak hilangkan jerawat ni. Sapu kunyit lha, pencuci muka lha, krim dan sebagainya. Tak ada pun nampak tanda ll jerawat aku berkurangan. Tapi yang aku pasti kalau korang memang guna compact powder ke, kalau boleh amalkan cuci muka korang tu selalu sebab berpeluh kan then berminyak. Kalau biar memang jadi macam muka aku lha nanti.

Actually banyak lagi simptom ll or tanda ll orang yang menghidap penyakit resdung ni. Aku pun malas nak hurai dengan lebih panjang. Apa kata korang pergi ke blog INI, dekat dalam blog tu dia ada sediakan pelbagai informasi yang berguna untuk penyakit resdung ni. Sangat berguna lha kalau korang terjah. Rasanya cukuplha setakat ni je aku membebel. If korang pun ada gejala penyakit yang sama macam aku or ada tips ll ke, drop comment korang dalam comment box key. Mana tahu kita geng! HA HA HA. Bye!




Banyakkan jerawat ;)



JANGAN LUPA JOIN SHORT SEGMEN YANG AKAN TAMAT PADA 12 MALAM INI. NAK JOIN? KLIK SINI.  
*UPDATED : TAMAT

8 comments:

Nik said...

akak tak resdung byk gak jerawat..huhu

tapi mmg kesian org yg ada resdung.kwn akak tu setiap bagi duk bersih jea kejenya.

kalau terkena habuk lagi teruk

Cik Tanpa Nama said...

Kesian jugak ye dekatt org resdung.ada kawan tu muka dia sangat teruk dengan jerawat... hope sis cepat sembuh ye..huhu
done folowing u :)

Unknown said...

Assalam, masalah resdung nie memang banyak yg tak menyedari.... hehehe...

faizal said...

Sume org ad resdung.. cume kuat xkuat je.. tp sampai bersin n gatal tu kena g buat rawatan tu.. saya baru je peh buat rawatan buang lendir resdung.. mmg bnyk da kurang :)

Dexandra lovers said...

hi..like ur post :D jemput ke blog saya yea utk vitamin kesihatan (^^)-www.madamhealthy.blogspot.com

Unknown said...

Kalau ada penyakit sinus, boleh cuba sinus cure..
http://www.muslimchoices.com/?p=sinus_cure&s

Ubat Resdung said...

Cuba tru Ubat Resdung Bella Formula. Klinik pun cadangkan ubat ni hehehe :)

www.Ubat-Resdung.com

safiah adibah said...

Saya punyavresdung langsung tak boleh makan udang. Belacan lagi la..tapi sekarang alhamdulillah dah boleh makan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa