Dalam entry INI, aku meluahkan kesedihan, kegeraman, ketidakpuasan hati dan sebagainya sebab masa tu aku tak dapat tempat LI. Bayangkan due date untuk pencarian tempat LI tu lagi beberapa hari je and masa tu aku tak dapat tempat praktikal. Sadis ya amat! Tapi alhamdulillah aku dapat juga sebab Tasha and Fuzz yang tolong naikkan nama aku untuk satu company yang namely as 'BR'. BR? Heh keyy no comment. Yes ini adalah syarikat swasta sebab aku lebih prefer nak cari syarikat swasta, bukan tak nak ambil kerajaan tapi lepas aku dah banyak buat research pasal syarikat LI melalui senior then diorang pun dah advice kalau boleh cari syarikat yang melibatkan swasta. Mohon jangan provok aku sebab ini adalah pendapat sahaja. Tapi kalau kau nak senang dapat kerja kerajaan lepas Dip nanti, sudah tentu korang boleh ke GOV punya tempat. Itu tak ada masalah bagi aku sebab ini adalah kehendak masing ll. Deal?
Then aku pun google sekejap about BR ni. Aku ingatkan company ni company kecik je sebab dia terletak dekat Seksyen 13, Shah Alam. And company dia pun dalam rumah kedai and kalau tak salah ia sederet dengan 7E and Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang maybe? Rupa-rupanya kalau kau google, actually BR ni banyak juga cawangan dia. Ohh baru lha aku tahu. BR ni adalah salah satu syarikat kontraktor untuk bidang Kejuruteraan Awam. So korang yang sekarang semester 3, dalam civil engineering course tu and next sem akan pergi praktikal aku suggest korang pergi lha apply ke BR ni. Memang aku belum dapat gambaran macam mana syarikat ni punya SOP, tapi rata ll senior yang aku pernah tanya dan dia LI kat situ dia cakap BR ni memang company yang bagus and tak akan menyesal kalau pernah pergi praktikal kat situ. Ho ho ho. Senang juga lha hati aku bila dia cakap macam tu.
Jadi aku nak bagi tips sikit kalau korang yang akan masuk site nanti, make sure beli safety boot dan safety helmet siap ll sebab kita tak boleh bergantung harap 200 % kepada syarikat untuk sediakan semua tu. Memang syarikat akan sediakan tapi maybe tak sesuai dengan selera korang mungkin? Aku pun belum pergi beli lagi sebab tunggu duit pt. Ha Ha Ha. Aku tahu pun benda ni sebab senior yang inform. Ye lha kita baru nak pergi praktikal kan, memang 0 knowledge lha orang kata. So ringan ll kan lha mulut anda untuk bertanya jika sedang buat research mengenai LI ni key. Aku harap pengalaman waktu praktikal ni aku boleh bawa untuk aku cari kerja lepas DIP nanti. Cehh praktikal pun belum dah kecoh II ea? Ha ha ha.
Tak sabar pula nak pergi praktikal sebab buat pertama kalinya aku tak duduk rumah sewa sebab ulang-alik dari Cheras ke Shah Alam. At least jimat lha sikit kott duit apa semua. Nasib baik pagi ayah aku hantar cuma balik je kena bersusah-payah sikit naik KTM Batu 3. It's ok belajar berdikari sha. Lama ll dah kebiasaan. Tak ada hal lha. Aku harap proses praktikal ni akan berjalan dengan sempurna and hope hari pertama tak kelam-kabut and susah. Dah start dah kena buat report nampaknya. Buat report dekat blog je lha boleh tak? Ha Ha Ha. But sebelum tu kalau korang nak cari tempat LI aku ada tips yang boleh kita share. Just click SINI je. Key GTG. Thanks readers! Bye *x
4 comments:
sis tak suka naik KTM. lambat. baik naik bas..huhu
gud luck ye :)
i ada satu sem lagi sebelum praktikal hihi
baca nih teringat time sy praktikal dulu...hehehe btw gud luck k... :)
praktikal kat area shah alam? welcome! wat praktikal betul2 ok.. semoga dapat tambah ilmu nanti.. pasal report tu, rilek dulu sudah.. dulu pun, dekat sebulan lebih nak habis praktikal baru nak wat.. still ok je dapat siapkan.. huu
Post a Comment