TIPS : NAK JADI SPONSOR!

Assalam! Hye readers! Lama juga aku tak update blog kan? Update just untuk GA, segmen and other. Belum ada rezeki untuk menang GA and segmen lagi. Takpe lha, insyaallah will be. Alright, malam ni aku nak share atau bagi tips mengenai 'nak jadi sponsor!'. Nak jadi sponsor pun kena ada tips ke? Eh mesti lha sebab aku pernah jadi sponsor dan juga pernah jadi peserta. So kadang ll ada masalah juga bila jadi sponsor ni. But alhamdulillah, GA or segmen yang aku pernah sponsor before ni belum pernah ada masalah lagi.

Kebanyakan yang kita lihat bloggerians ni memang baik hati sangat buat GA lha, segmen lha and other. Baik hati betulkan mereka ll ni. Tapi kadang ll apa yang bermasalah dengan GA or segmen tu? Pesertanya ke, sponsornya ke, ataupun tuan punya GA or segmen tu? Kadang ll more on peserta and sponsor lha yang bermasalah. Jadi if korang yang nak jadi sponsor tu  tak nak ada masalah semasa sponsor GA atau segmen, insyaallah boleh ikut tips yang aku nak bagi ni. Simple but ini just pendapat aku je ok dan tidak pernah menyentuh mana ll sensitiviti blogger ll lain. Pendapat blogger tidak semestinya kekal lama and berterusan, bak kata Ben Ashaari.


  • Blog - Apa yang tak kena dengan blog? Benda simple iaitu widget follower yang ada tertera perkataan 'Join This Site'. If korang nak para peserta follow blog korang, kalau boleh widget follower tu mesti ada sekali. Kalau korang tak letak widget follower and blog korang just ada button follow yang macam gambar kat bawah ni, orang yang dah follow 300+ blog guna button tu seperti aku akan bermasalah sebab aku tak boleh nak follow korang. Tahukan button follow yang kita buat sendiri tu berlimit 300 blog sahaja? Betulkan kalau salah ye. Lebih baik if korang letak dua ll sekali dalam blog korang which means ada widget follower and button follow tu. Lebih selamat dan smart.


  • Due date untuk hadiah - Yep benda paling penting sekali untuk para sponsor kena alert. Selalunya due date segmen or GA akan ditentukan oleh tuan punya badan. So kepada para sponsor tu kena alert lha dengan due date tersebut. Jangan buat ll tak ingat pula kalau dah sponsor GA or segmen tu, memang kau kena tiaw nanti bedah! HA HA HA. Kebiasaannya tuan punya GA or segmen yang akan reminder sponsor untuk kasi hadiah tapi kita pun kena ingat juga lha kan. BerBBM ke, whatsapp ke, text or apa kemende ke dengan peserta yang menang hadiah korang tu supaya dia boleh tebus hadiah yang dia menang tu ASAP. Kesian dia nanti menunggu and tertunggu. Jadi lha sponsor yang amanah dan jujur! Kalau rasa ada masalah nak bagi hadiah pada masa tu, boleh lha discuss dengan tuan punya GA or segmen dan juga peserta yang menang tu. 



  • Jenis hadiah - Aku suka part jenis ll hadiah ni. Serious talk! Korang yang sponsor tu supposed tahu hadiah or benda apa yang korang nak sponsor. Aku suka sponsor topap dan bloglist. Senang kerja. Kebiasaannya yang kita selalu lihat kebanyakannya header, banner, review blog, vector, bloglist dan sebagainya. Kalau ada sponsor yang lebih baik hati kengkadang diorang bagi tudung bawal, shawl, topap, baucer and apa semua. Make sure barang ll yang korang nak bagi tu elok dan berkualiti lha ye. Jangan bagi main taram je, koyak lha apa lha. Macam tak ikhlas je? Kalau setakat tu tak ada masalah lha tapi akan jadi lebih bermasalah if korang yang nak bagi domain percuma ni. Kita semua tahu blog kak lyssa haritu probs pasal masalah domain kan? Bagi domain free tapi daftar atas nama orang lain. Nasib baik dah settle kan haritu? Alhamdulillah. Those yang nak bagi domain ni make sure korang kena lebih alert lha pasal domain tu. Nanti bermasalah pula mereka yang dapat hadiah domain tu. 



Alright rasanya cukup lha 3 tips je yang aku boleh bagi dekat korang. Insyaallah boleh kongsi bersama. And those yang sedang or nak cari sponsor GA or segmen ke, aku alu ll kan untuk korang pm aku key. Aku berminat untuk sponsor bloglist dan review blog if takde pape yang mengganggu. Kalau ada rezeki, boleh sponsor yang lagi grand. Kalau tak nak takpe sebab takde paksaan untuk korang terima aku jadi sponsor. Maaf if ada tersalah taip. Kalau korang pernah jadi sponsor ke or terkena tertipu dengan sponsor ke boleh lha share dengan drop comment korang kat kotak komen ke. Sharing is caring. Selamat malam dan terima kasih baca entry. Bye! :D






2 comments:

Cik Tanpa Nama said...

bukan senang nak cari sponsor..wah sis dah offer nak jadi sponsor la..cepat2 sape nak sis ni jadi sponsor..huhu

Unknown said...

YES !! sangat setuju ^_^

lagi2 yang follower widget tuwh ...
susah nak follow kalau pakai button je ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you for visit my blog.Alright reserved by Syahira Adisa